PENJELASAN BERKENAAN PELAKSANAAN OP SAJI BIL. 1/2022

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menjelaskan bahawa Operasi Subsidi Minyak Masak atau dikenali sebagai Op Saji Bilangan 1/2022 dilaksanakan berdasarkan analisa awal terhadap senarai syarikat penerima subsidi minyak masak yang mendapati terdapat elemen pelarian cukai pendapatan dalam kalangan syarikat tersebut. Fokus yang diambil dalam Op Saji Bil. 1/2022 ini ialah menyiasat kegagalan syarikat-syarikat dan kilang-kilang repacker atau pembungkusan minyak masak bersubsidi melaporkan amaun pendapatan yang layak dikenakan cukai, amaun jualan yang sepatutnya dan mendaftar fail cukai dengan HASiL.

Klik untuk muat turun