Individu dianggap bermastautin di Malaysia sekiranya berada di Malaysia bagi satu tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah 182 hari atau lebih.

Jika seseorang individu berada di Malaysia dalam tahun asas bagi satu tempoh yang kurang daripada 182 hari dan tempoh ini pula berturutan dengan tempoh lain selama 182 hari atau lebih(dirujuk sebagai tempoh itu) sebaik sahaja sebelum tahun taksiran yang tertentu itu, atau dalam tahun itu bagi tahun taksiran yang sebaik sahaja selepas tahun taksiran yang tertentu itu, maka pembayar cukai boleh diandaikan sebagai bermastautin di Malaysia, dengan syarat bahawa ketiadaan sementara di Malaysia berkaitan dengan:

    1. perkhidmatan dalam Malaysia dan individu itu dikehendaki menghadiri persidangan, seminar atau kursus di luar negara;
    2. keuzuran yang melibatkan dirinya atau seorang saudara mara terdekat, dan
    3. Lawatan sosial ke luar negara yang tidak melebihi 14 hari, hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh itu.

Seseorang individu adalah pemastautin jika beliau berada di Malaysia untuk tempoh selama 90 hari atau lebih pada suatu tempoh atau tempoh-tempoh dalam tahun asas tetapi individu itu mesti: i. Bermastautin di Malaysia mengikut takrif yang ditetapkan oleh seksyen 7 di bawah akta ini, atau ii. Berada di Malaysia bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh tiga daripada empat tahun taksiran sebelum tahun taksiran berkenaan.

Individu dianggap bermastautin bagi suatu tahun asas sekiranya beliau bermastautin untuk tahun asas yang berikutnya dan juga tiga tahun asas sebelumnya.