PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER LHDNM UTC SEMPENA PILIHAN RAYA NEGERI 2023
Adalah dimaklumkan bahawa operasi kaunter LHDNM di UTC Selangor akan ditutup kepada orang awam sempena Pilihan Raya Negeri pada 12 dan 13 Ogos 2023 (Sabtu dan Ahad). Kaunter LHDNM di UTC Selangor akan beroperasi semula seperti biasa pada 14 Ogos 2023 (Isnin). Manakala kaunter LHDNM di UTC Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu akan ditutup kepada orang awam sempena Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos 2023 (Sabtu). Kaunter LHDNM di UTC Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi semula seperti biasa pada 13 Ogos 2023 (Ahad). Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih. |