logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Penamatan Perkhidmatan

Pemberhentian kerja / penamatan kerja / pemberhentian disebabkan kematian:

  1. Sekiranya majikan akan berhenti menggaji pekerja yang adalah atau berkemungkinan dikenakan cukai berkaitan dengan pendapatan daripada penggajian atau pekerja di bawah suatu penggajian meninggal dunia, majikan dikehendaki mengemukakan Borang CP22A / CP22B tidak kurang daripada 30 hari sebelum pemberhentian penggajian atau tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian.

  2. Borang CP22A / CP22B boleh dikemukakan sama ada secara dalam talian melalui e-SPC atau di pejabat LHDNM yang mengendalikan nombor cukai pendapatan pekerja.

  3. Walau bagaimanapun, majikan tidak perlu mengemukakan borang berkenaan sekiranya pendapatan seseorang pekerja tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB) atau jika saraan bulanan pekerja adalah di bawah amaun minimum yang layak dikenakan PCB, dengan syarat pekerja berkenaan akan terus bekerja atau tidak bersara daripada mana-mana penggajian di Malaysia.

  4. Majikan dikehendaki untuk menahan apa-apa wang yang boleh dibayar kepada seseorang pekerja yang telah berhenti atau akan berhenti daripada penggajian. Majikan juga tidak boleh membayar wang tersebut, tanpa kebenaran daripada LHDNM, kepada atau untuk manfaat pekerja sehingga 90 hari selepas penerimaan borang oleh LHDNM.

Meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan:

  1. Sekiranya seseorang pekerja yang dikenakan cukai berkaitan dengan pendapatan daripada penggajian meninggalkan atau berhasrat meninggalkan Malaysia bagi suatu tempoh melebihi 3 bulan, majikan dikehendaki mengemukakan Borang CP21 tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh pekerja dijangka berlepas.

  2. Borang CP21 boleh dikemukakan sama ada secara dalam talian melalui e-SPC atau di pejabat LHDNM yang mengendalikan nombor cukai pendapatan pekerja.

  3. Walau bagaimanapun, majikan tidak perlu mengemukakan borang berkenaan sekiranya LHDNM berpuas hati bahawa seseorang pekerja tersebut dikehendaki meninggalkan Malaysia secara kerap berhubung dengan penggajiannya.

  4. Majikan dikehendaki untuk menahan apa-apa wang yang boleh dibayar kepada seseorang pekerja yang meninggalkan atau berhasrat meninggalkan Malaysia bagi suatu tempoh melebihi 3 bulan tanpa niat untuk kembali. Majikan juga tidak boleh membayar wang tersebut, tanpa kebenaran daripada LHDNM, kepada atau untuk manfaat pekerja sehingga 90 hari selepas penerimaan borang oleh LHDNM.

Ketidakpatuhan oleh majikan:

  1. Kegagalan mematuhi tanggungjawab ini tanpa alasan yang munasabah, apabila disabitkan dengan kesalahan, akan dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

  2. Majikan bertanggungjawab untuk membayar amaun penuh cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya. Amaun kena dibayar oleh majikan merupakan suatu hutang kepada Kerajaan dan boleh dituntut melalui tindakan sivil.

Peruntukan berkaitan:

  1. Subseksyen 83(3), (4) dan (5) Akta Cukai Pendapatan 1967
  2. Subseksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967
  3. Subseksyen 107(4) Akta Cukai Pendapatan 1967
  4. Subseksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967

Di lawati : 221,905
Kemaskini : : 2021-05-12 12:09:17

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 85 Online : 85
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 18,534
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 352,010
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,286,698
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,500,859
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897