logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Tanggungjawab Majikan

Tanggungjawab Majikan:

  1. Mendaftar nombor majikan.

  2. Membuat potongan cukai bulanan (PCB) daripada saraan pekerja berdasarkan Jadual PCB atau kaedah pengiraan berkomputer dan remitkan amaun PCB kepada LHDNM sebelum atau pada 15hb dalam bulan berikutnya. Majikan hanya boleh menggunakan aplikasi e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39 yang disediakan melalui Portal Rasmi LHDNM bagi tujuan pengemukaan penyata PCB atau data PCB pekerja.

  3. Mengemukakan penyata oleh majikan (Borang E) bersama C.P.8D sebelum atau pada 31 Mac dalam tahun berikutnya.
    • Majikan (syarikat dan syarikat Labuan) adalah wajib mengemukakan Borang E melalui e-Filing (e-E) mulai saraan bagi tahun 2016.
    • Borang E hanya akan dianggap lengkap sekiranya C.P.8D dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. Majikan yang telah menghantar maklumat melalui e-Data Praisi tidak perlu mengisi dan menghantar C.P.8D.

  4. Menyedia dan menyerahkan kepada pekerja penyata saraan (Borang EA / EC) berkenaan dengan pekerja tersebut pada atau sebelum hari terakhir bulan Februari dalam tahun berikutnya.

  5. Menyedia dan memberikan salinan penyata bayaran insentif berbentuk wang tunai dan bukan wang tunai kepada ejen, pengedar atau pengagih (Borang CP58) sebelum atau pada 31 Mac dalam tahun berikutnya.

  6. Menjaga dan menyimpan rekod selama tempoh 7 tahun dan memastikan rekod tersebut mudah dicapai oleh LHDNM jika diperlukan.

  7. Menyedia dan mengemukakan borang berikut (jika berkenaan):

    Borang Tarikh Akhir Kaedah Pengemukaan
    Borang CP22
    Pemberitahuan pekerja baharu
    Dalam tempoh 30 hari selepas penggajian bermula Borang boleh dikemukakan ke mana-mana pejabat LHDNM
    Borang CP22A
    Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja di sektor swasta
    Tidak kurang 30 hari sebelum pemberhentian kerja; atau
    Tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian
    Borang boleh dikemukakan sama ada:
    • secara dalam talian melalui e-SPC; atau
    • ke pejabat LHDNM yang mengendalikan nombor cukai pendapatan pekerja
    Borang CP22B
    Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja di sektor awam
    Borang CP21
    Pemberitahuan pekerja meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan
    Tidak kurang 30 hari sebelum tarikh dijangka berlepas

  8. Menahan apa-apa wang yang boleh dibayar kepada pekerja selama 90 hari atau sehingga surat penyelesaian cukai diterima bagi kes pemberhentian kerja, pemberhentian disebabkan kematian atau meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan tanpa niat untuk kembali.

Di lawati : 308,981
Kemaskini : : 2021-04-13 15:57:58

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 78 Online : 78
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 17,428
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 350,904
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,285,592
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,499,753
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897