logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Sijil Taraf Mastautin
SIJIL TARAF MASTAUTIN Soalan Lazim

Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan rakan pejanji Malaysia sahaja.

Penentuan Taraf Mastautin
Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL) iaitu:

  1. Individu - Seksyen 7 ACP
  2. Syarikat - Seksyen 8 ACP
  3. Badan Amanah - Seksyen 61 (3) ACP
  4. Entiti Labuan - Seksyen 3B ACAPL

Permohonan STM
Permohonan STM boleh dibuat secara manual atau melalui sistem e-Residence

Permohonan STM secara Manual
Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM kecuali Cawangan Siasatan, Pusat Khidmat Hasil dan pejabat satelit. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan manual hendaklah dikemukakan dengan salinan asal. Permohonan yang dihantar melalui emel atau faks tidak akan diproses.
Walaubagaimanapun, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, permohonan bagi kes segera boleh dibuat dengan menghantar dokumen sokongan melalui emel kepada LHDNM. Sila kemukakan permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan STM di alamat emel berikut : lhdn_int@hasil.gov.my

Bulb-icon Borang STM1 hendaklah dilengkapkan dengan sempurna. Bagi permohonan melebihi daripada satu STM, Borang STM1A perlu dilampirkan bersama.
Pemohon perlu memastikan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) telah dihantar.

Pemohon
Kategori pemohon STM secara manual adalah seperti berikut:-

Bil Kategori Permohonan Dokumen Sokongan Diperlukan
1. Individu
  1. Pasport asal dan salinan
  2. Senarai pergerakan keluar/masuk Malaysia (STM1B)
2. Syarikat dan Kumpulan Orang
  1. Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah atau surat pengesahan pengarah berkenaan pengurusan dan kawalan syarikat dilakukan di Malaysia
  2. Petikan maklumat Pengarah / Pegawai syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  1. Salinan Perjanjian Perkongsian Liabiliti Terhad
  2. Salinan minit mesyuarat PLT yang telah diadakan dalam tahun taksiran yang dipohon
4. Perkongsian Dokumen sokongan adalah mengikut kategori ahli kongsi. Contoh:- Jika ahli kongsi adalah individu maka dokumen sokongan diperlukan adalah seperti kategori pemohon individu.
5. Badan Amanah Salinan surat ikatan penubuhan Badan Amanah.
6. Entiti Labuan
  1. Maklumat Pengarah (Borang 25)
  2. Maklumat Entiti Labuan (Borang 27)
  3. Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan surat pengesahan berkenaan pengurusan dan pengawalan syarikat dilakukan di Malaysia
  4. Salinan Pasport sekiranya Pengarah bukan warganegara Malaysia. Helaian Masuk / Keluar Malaysia hendaklah disertakan.
  5. Salinan kad pengenalan Pengarah (Pengarah Warganegara Malaysia).
  6. Salinan dokumen berkenaan pematuhan kepada Peraturan-peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan(kehendak bagi aktiviti perniagaan Labuan) 2018 P.U (A) 392.
    1. Salinan perjanjian penyewaan pejabat di Labuan
    2. Salinan maklumat pekerja dan payroll

Permohonan STM Negara Tertentu
Permohonan STM untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan.

Fail milik Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin (CTB)
Permohonan STM bagi fail di bawah kendalian Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin hendaklah dikemukakan ke cawangan berkenaan.

Tempoh Siap
STM akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja, sekiranya maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan lengkap. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM yang TIDAK DITUNTUT selepas TIGA (3) BULAN dari tarikh permohonan akan terbatal. Permohonan baharu perlu dikemukakan bagi STM yang telah dibatalkan.

Bayaran
Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.


Di lawati : 339,014
Kemaskini : : 2021-10-22 12:10:45

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 71 Online : 71
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 19,580
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 353,056
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,287,744
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,501,904
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897