logolhdn
Official Portal
Inland Revenue Board Of Malaysia
Home / Relief From Stamp Duty (Available in Malay language only)

1. Pengecualian

  • Pengecualian Am dan Khusus
    • Surat cara yang layak diberikan pengecualian di bawah Seksyen 35 Akta Setem 1949, disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta yang sama di bawah tajuk "Pengecualian Am".
    • Pengecualian khusus pula diberikan kepada surat cara yang tersenarai di bawah tajuk "Pengecualian" di bawah butiran 2, 4, 23, 24, 32, 49 dan 58 Jadual Pertama Akta Setem 1949.

  • Lain-lain Pengecualian

    Lain-lain pengecualian adalah di bawah seksyen 80 Akta Setem 1949 yang diberikan oleh Menteri Kewangan. Pembayar duti perlu menyatakan rujukan warta atau mengemukakan/melampirkan surat pengecualian/peremitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semasa membuat permohonan penyeteman atau adjudikasi.


  • Peremitan

    Peremitan merupakan sebahagian daripada pengecualian di mana amaun duti sebenar dikurangkan kepada suatu kadar yang diluluskan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 80, Akta Setem 1949.

2. Relif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa permohonan pelepasan duti setem di bawah Seksyen 15 / Seksyen 15A Akta Setem 1949 adalah terpakai bagi kes-kes berikut:

  1. Penstrukturan semula syarikat;
  2. Penggabungan syarikat; atau
  3. Pindah milik harta tanah di antara syarikat bersekutu.

Permohonan pelepasan duti setem di bawah Seksyen 15 dan 15A ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Negeri yang berhampiran untuk dipertimbangkan.

Hit(s) : 33,156
Updated : : 2021-11-05 12:21:10

.Headquarters of Inland Revenue Board Of Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Last Update : 17 Jan 2022
Visitor(s) : MALAYSIA Flag 93 Online : 93
Best viewed using Chrome,Internet Explorer(Latest Version) or Mozilla Firefox with 1280x800 screen resolution . Copyright Reserved 2015 © IRBM
DISCLAIMER : Inland Revenue Board of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Visitors Today: 9,533
Visitors This Month : ( 01 / 2022 ) 2,046,358
Visitors This Year : ( 2022 ) 2,046,358
Total Visitors : 278,142,953
Visitors This Month :( 12 / 2021 ) 2,948,544
Visitors This Year : ( 2021 ) 26,883,232