logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Cukai Koperasi
Cukai Koperasi
Pengenalan
Cukai koperasi dikenakan atas pertubuhan / badan berikut yang bermastautin dan memperolehi pendapatan di Malaysia:
  • Koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502);
  • Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1967;
  • Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Organisasi Peladang 1973; dan
  • Pertubuhan Nelayan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Nelayan 1971
Layanan cukai koperasi tertakluk kepada AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
Tanggungjawab Koperasi
Hantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual ke Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM (termasuk koperasi dorman)
Hantar anggaran cukai secara e-Filing (e-CP204)
Bayaran Ansuran Koperasi (anggaran dibuat oleh koperasi)
Perkara Koperasi
Baharu
Koperasi
Sedia Ada
Borang
Hantar Anggaran
Dalam masa 3 bulan pertama operasi
30 hari sebelum mula tempoh asas
CP204
Mula Bayar

Bulan ke-6
tempoh asas

Bulan ke-2
tempoh asas

CP207
Tarikh Bayaran
Sebelum / pada 15 haribulan
CP207
Pinda Anggaran
Bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas
e-CP204A

Koperasi dorman tidak perlu hantar CP204

Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum / pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan)
Simpan rekod dan buku akaun selama 7 tahun bagi tujuan semakan LHDNM
Pengecualian Cukai Koperasi
Bagi tempoh 5 tahun pertama mulai dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut; dan
Selepas 5 tahun tamat, jika kumpulan wang ahli pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM750,000
Koperasi perlu mengisi dan menghantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual walaupun dikecualikan cukai di bawah subperenggan 12(1)(a) atau subperenggan 12(1)(b), Jadual 6 ACP 1967.
Orang Yang Bertanggungjawab
Pengerusi Koperasi
Setiausaha Koperasi
Bendahari Koperasi
Orang yang menjalankan mana-mana fungsi di atas
Kadar Cukai Koperasi
Kategori
Banjaran Pendapatan Bercukai (RM)
Pengiraan Cukai
Kadar
Cukai
RM
RM
%
RM
A

1 – 30,000

30,000 pertama
0
0
B

30,001 – 60,000

30,000 berikutnya
5
1,500
C

60,001 – 100,000

60,000 pertama
40,000 berikutnya

10
1,500
4,000
D

100,001 - 150,000

100,000 pertama
50,000 berikutnya

15
5,500
7,500
E

150,001 – 250,000

150,000 pertama
100,000 berikutnya

18
13,000
18,000
F

250,001 – 500,000

250,000 pertama
250,000 berikutnya

21
31,000
52,500
G

500,001 – 750,000

500,000 pertama
250,000 berikutnya

23
83,500
57,500
H
750,000 dan ke atas
750,000 pertama
setiap ringgit berikutnya

24
141,000
.........
I
Potongan yang dibenarkan ke atas pendapatan berasaskan kepada jumlah amaun kumpulan wang ahli-ahli
8
.........
Kemudahan Bayaran Cukai Koperasi
ByrHASiL
Bayaran melalui Kad Kredit
Perkhidmatan Bayaran Di Ejen LHDNM Yang Dilantik
Di lawati : 142,975
Kemaskini : : 2021-11-16 15:15:31

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 3 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 69 Online : 69
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 18,118
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 351,594
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,286,282
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,500,443
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897