logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Pembayaran Cukai Syarikat

Pembayaran Cukai

Skim Ansuran CP204

Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang belum memulakan operasi tidak perlu mengemukakan Borang CP204.

Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.

Contoh:

Jumlah bulan dalam tempoh asas = 12 bulan
Anggaran cukai = RM12,000
Ansuran bulanan = RM12,000
= RM12,000 / 12 = RM1,000

Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.

Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 15 setiap bulan.


Bayaran Baki Cukai

Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun.


Denda Di Bawah Skim Ansuran

Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:

  1. Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari LHDNM.
  2. Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:

    Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;

    KENAIKAN CUKAI = [ ( AT - ET ) - ( 30% x AT ) ] x 10%
    Di mana: AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
    ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).


Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai

Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan. Jika amaun cukai dan penalti masih tidak dibayar selepas 60 hari dari tarikh ditetapkan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas baki cukai dan penalti yang tidak dibayar.


Rayuan Ke Atas Penalti

Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Cawangan berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.

Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.


Kaedah Pembayaran

Perkhidmatan ByrHASiL melalui FPX

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian di MyTax pada portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’


Perkhidmatan ByrHASiL Untuk Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit

Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/


Bayaran di kaunter bayaran LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan melakukan penstrukturan semula perkhidmatan kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian (e-bayaran) serta meningkatkan kecekapan proses pemungutan cukai.

Mulai 1 April 2021, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Bayaran LHDNM hanya akan menerima bayaran seperti berikut:

  1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502);
  2. Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara);
  3. Cukai Pegangan;
  4. Bayaran Kompaun; dan
  5. Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit / kad debit.

Lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti perenggan diatas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Bayaran LHDNM dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM


Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Bayaran LHDNM

Kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kaunter Pusat Bayaran Cawangan Kota Kinabalu dan Kaunter Pusat Bayaran Cawangan Kuching turut menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

Kod bayaran yang dibenarkan bagi bayaran Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Bayaran LHDNM adalah seperti berikut:

Item Kod Bayaran Keterangan
086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
151 Bayaran Seksyen 108
152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
153 Bayaran Kenaikan Komposit
154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
156 Bayaran Kos Mahkamah
157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
173 Bayaran Kos Guaman
178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
259 Bayaran Seniman Kembara
351 Bayaran Semula Pampasan 2%
353 Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
361 Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
362 Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)
363 Bayaran Taksiran LBATA (3% ke atas Pendapatan Bercukai)
364 Bayaran Kompaun LBATA
365 Bayaran Kenaikan Seksyen 13 LBATA
375 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Perdagangan)
376 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Bukan Perdagangan)


Bayaran Secara Pos

Mulai 1 Januari 2021 LHDNM tidak lagi menerima bayaran cukai pendapatan menggunakan cek yang dihantar melalui pos atau kurier. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kaedah e-pembayaran yang telah disediakan oleh LHDNM selain mengurangkan masalah isu cek tidak dapat ditunaikan (cek tendang).

Walau bagaimanapun, pemberhentian ini tidak terpakai bagi bayaran berikut yang masih tidak dapat dilakukan menerusi kaedah e-bayaran:

  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Oleh Pemeroleh -Seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT 502)
  • Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara)
  • Cukai Pegangan
  • Kompaun

Bayaran yang dibuat secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Bayaran Kuala Lumpur di Jalan Tunku Abdul Halim, Unit Pungutan Cawangan Kuching, atau Unit Pungutan Cawangan Kota Kinabalu.

Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Pusat Bayaran Kuala Lumpur,
Tingkat 15, Blok 8A,
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim,
Karung Berkunci 11061,
50990 Kuala Lumpur
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Tingkat Bawah,
3 & 4 Wisma Hasil,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Aras 1,
Wisma Hasil,
No. 1,
Jalan Padungan,
93100 Kuching,
Sarawak


Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM

a) Bayaran di Kaunter Bank dan Pos Malaysia

Bayaran cukai boleh dilakukan secara tunai, cek dan arahan debit akaun di kaunter bank. Bayaran CP, CKHT dan bayaran selain PCB bagi syarikat boleh dibuat di semua cawangan bank berikut:

  1. CIMB Bank
  2. Public Bank
  3. Maybank
  4. POS Malaysia (bayaran secara tunai sahaja)
  5. Affin Bank
  6. Bank Rakyat
  7. Bank Simpanan Nasional
Bank Ejen Jenis Perkhidmatan Jenis Bayaran Caj Yang Dikenakan
Public Bank Bayaran Cukai Pendapatan Cek Cek Public Bank Berhad RM2.00
Cek Selain daripada Public Bank Berhad RM4.00
Tunai RM2.00
Affin Bank IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan
BSN Tunai Tiada caj yang dikenakan
IBG (Current Account)
Maybank Cek Cek Maybank Berhad RM1.00
Cek Selain daripada Maybank Berhad RM1.00
Tunai RM1.00
CIMB Bank Tunai Tiada caj yang dikenakan
Cek
Debit Akaun
Bank Deraf

Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tunai dan cek di kaunter perkhidmatan seperti pada jadual di atas.

Sila lengkapkan "Bank In Slip" LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.


b) Bayaran Melalui Internet

Bayaran melalui portal perbankan internet bank

Kemudahan pembayaran CP, CKHT turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan LHDNM yang telah dilantik seperti berikut:

Bank Jenis Bayaran
Cukai Pendapatan CKHT
Alliance Bank
CIMB Bank
Citibank
(Cukai Syarikat sahaja)

(Cukai Syarikat sahaja)
Hong Leong Bank
Maybank
Public Bank
RHB Bank
(Individu sahaja)

(Individu sahaja)
POS Malaysia - -
Ambank - -
OCBC Bank - -
HSBC Bank - -
Bank Islam
(Cukai Individu sahaja)

(Cukai Individu sahaja)
Bank Simpanan Nasional
Agro Bank - -
MBSB Bank

Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.


c) Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh dilakukan dalam dua kaedah iaitu:


  1. Melalui Telegraphic Transfer (TT) / Interbank Transfer Giro(IBG) / Electronic Fund Transfer (EFT)

    • Pembayar cukai perlu menghubungi nombor berikut bagi mendapatkan prosedur bayaran menerusi pemindahan telegrafik:
    • Nomber telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 (panggilan dalam negara) atau 603-8911 1100 (panggilan dari luar negara)
    • Nombor faks : 603-6201 9637, atau
    • Alamat e-mel : HelpTTpayment@hasil.gov.my

    Pembayar cukai yang membayar menerusi pemindahan telegrafik diwajibkan mengemukakan maklumat berikut bagi membolehkan akaun mereka dikemaskini:

    • Nama Pembayar Cukai
    • Nombor Rujukan Cukai
    • Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
    • Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di Perenggan f)
    • Tahun Taksiran bayaran
    • Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran
    • Tarikh Bayaran
    • Amaun Bayaran

    Resit bayaran akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah sah diterima oleh bank dan setelah semua maklumat lengkap bayaran diterima oleh LHDNM. Pembayaran tanpa pengemukaan maklumat lengkap akan menyebabkan kelewatan pengeluaran resit dan denda lewat bayar akan dikenakan.


  2. Melalui Bank Draft

    Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:

    • Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
    • Nama dan alamat bank pembayar: Mesti "local paying bank" atau "local correspondence bank" supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.

    Pembayar cukai boleh membeli bank draft dalam matawang selain Ringgit Malaysia (RM). Pembayar perlu mengambilkira kadar pertukaran matawang yang sepatutnya pada hari pembayaran. Amaun bayaran adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada hari bank draft ditunaikan oleh LHDNM. Pembayar perlu memastikan maklumat bayaran dan pembayar ditulis di belakang bank draft dan diposkan ke alamat berikut:

    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Pusat Bayaran Kuala Lumpur
    Tingkat Bawah, Blok 8A
    Kompleks Bangunan Kerajaan
    50600 KUALA LUMPUR, MALAYSIA


Jadual Kod Bayaran di Bank Ejen LHDNM dan Pos Malaysia adalah seperti berikut:

Item Kod Bayaran Keterangan
084 Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
090 Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
151 Bayaran Seksyen 108
152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
153 Bayaran Kenaikan Komposit
154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
156 Bayaran Kos Mahkamah
157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
173 Bayaran Kos Guaman
178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
196 Bayaran Penyelesaian Cukai
197 Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan
250 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
286 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
092 Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
253 Bayaran Faedah Atas Hutang Mahkamah – CKHT
254 Bayaran Ansuran (Audit) – CKHT
255 Bayaran Ansuran (Unit Pemungutan) - CKHT
256 Bayaran Ansuran (Unit Guaman Sivil) – CKHT
257 Bayaran Kos Guaman - CKHT


Carta Kategori Perkhidmatan Pembayaran Cukai Menerusi Bank dan Pejabat Pos adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual berikut:

CARTA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MENERUSI EJEN KUTIPAN LHDNM

Bank Ejen Bayaran CP / CKHT Bayaran PCB
Jenis Bayaran Kaunter ATM Perbankan Internet Perbankan Telefon / Mobile Mesin Deposit Cek (CDM) Mesin Deposit Tunai (CAM) Kaunter Perbankan Internet***
Alliance Bank - - - - - IBG*
Affin Bank - - - - - - -
CIMB Bank - - - Tunai / Cek / IBG*
Citibank - -
(Syarikat sahaja)
- - - IBG*
Hong Leong Bank - - - - - IBG*
Maybank - IBG*
Public Bank - - - IBG*
RHB Bank -
(Individu sahaja)
- - - IBG* -
POS Malaysia
(Tunai sahaja)
- - - - - Tunai Sahaja** -
Ambank - - - - - - IBG*
OCBC Bank - - - - - - IBG*
HSBC Bank - - - - - - IBG*
Bank Islam - -
(Individu sahaja)

(Individu sahaja)
- - IBG*
Bank Rakyat - - - - - - IBG*
Bank Simpanan Nasional -
(Individu sahaja)
- - - - -
Agro Bank - - - - - - IBG*
MBSB Bank - - - - - IBG*

IBG* (menggunakan nombor Akaun PCB/CP39)
Tunai sahaja** - Pengisian data dibuat melalui sistem e-Data PCB atau e-PCB LHDNM
Perbankan Internet*** - Pengisian data PCB pekerja dan bayaran dilakukan menerusi perbankan internet bank


Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran

Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.


Semak Kedudukan Cukai

Berkenaan Rekod Bayaran

Sebarang pertanyaan berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada.

Hubungi Cawangan LHDNM
Hasil Care Line


Memohon Rekod Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.

Hubungi Cawangan LHDNM

Di lawati : 876,640
Kemaskini : : 2021-10-22 17:02:37

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 66 Online : 66
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 19,417
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 352,893
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,287,581
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,501,741
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897