logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Prosedur Permohonan Relif
PROSEDUR PERMOHONAN RELIF
  1. Permohonan relif boleh dibuat sama ada melalui surat atau borang yang telah ditetapkan dengan menyatakan alasan-alasan terperinci berkaitan dengan permohonan tersebut. Borang-borang permohonan relif boleh dimuat turun dan dicetak melalui pautan berikut:
  2. Sekiranya surat atau borang tidak diisi dengan butiran yang betul, permohonan akan dikembalikan kepada pembayar cukai bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan permohonan relif yang baru.
  3. Sekiranya permohonan relif ini diluluskan oleh KPHDN, taksiran akan dipinda dan taksiran kurangan akan dikeluarkan.
  4. Jika permohonan relif ditolak oleh KPHDN, surat penolakan permohonan berserta alasan penolakan akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.
  5. Jika pembayar cukai tidak setuju dengan keputusan KPHDN tersebut, dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan, pembayar cukai boleh meminta KPHDN melalui surat untuk menghantar permohonan relif (yang telah dikemukakan sebelum ini) kepada PKCP. KPHDN akan mengemukakan permohonan relif pembayar cukai kepada PKCP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan surat permintaan tersebut. Contoh Surat Permintaan Pembayar Cukai boleh dimuat turun melalui pautan berikut: Contoh Surat Permintaan Pembayar Cukai
  6. Dalam kes BNCP yang disifatkan atau BNCP terpinda yang disifatkan telah dikemukakan selaras dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat, permohonan pembayar cukai untuk relif di bawah subseksyen 97A(5)(a) dan 131 ACP kerana kesilapan atau khilaf tidak boleh diterima walaupun pembayar cukai boleh membuktikan terdapat kesilapan atau khilaf melainkan kesilapan dari segi aritmetik atau pengiraan sahaja.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan relif, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

Di lawati : 13,706
Kemaskini : : 2021-06-14 10:03:20

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 75 Online : 75
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 20,010
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 353,486
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,288,174
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,502,334
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897