logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Prosedur Rayuan Lewat (Borang N)
PROSEDUR RAYUAN LEWAT (BORANG N)
  1. Bagi rayuan yang tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan lanjutan masa untuk merayu boleh dibuat melalui Borang N.
  2. Mulai Tahun Taksiran 2020, permohonan lanjutan masa untuk merayu (Borang N) hendaklah dikemukakan di dalam tempoh 7 tahun selepas berakhirnya tempoh untuk membuat rayuan melalui Borang Q di bawah subseksyen 99(1) ACP.
  3. Perayu perlu mengemukakan alasan yang kukuh bagi permohonan lanjutan masa. Salah satu alasan yang boleh dipertimbangkan adalah keadaan di luar kawalan perayu contohnya: perayu dimasukkan ke hospital bagi suatu tempoh yang panjang, berada di luar negara, terlibat dengan bencana alam atau sebab-sebab lain yang munasabah dan sah.
  4. Borang N hendaklah dihantar ke jabatan/cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu. Perayu hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Borang N bagi setiap tahun taksiran iaitu satu (1) salinan Borang N asal manakala satu (1) salinan lagi adalah salinan fotokopi. Borang N boleh dimuat turun dan dicetak daripada pautan berikut:
  5. Jika permohonan lanjutan masa diluluskan, LHDNM akan mengeluarkan Borang CP15A untuk memaklumkan kepada perayu tarikh lanjutan penyerahan Borang Q, iaitu tiga puluh (30) hari dari tarikh CP15A.
  6. Sekiranya lanjutan masa tidak dibenarkan, Borang N bersama-sama dengan kenyataan alasan penolakan oleh KPHDN (Borang CP15B) akan dikemukakan kepada PKCP. Apabila Borang N dan kenyataan alasan tersebut dikemukakan kepada PKCP, KPHDN akan memaklumkan kepada perayu secara bertulis dan akan mengemukakan sekali sesalinan kenyataan alasan tersebut.
  7. Dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima pemberitahuan, perayu boleh mengemukakan kepada PKCP ulasan atau hujahnya secara bertulis berhubung dengan permohonannya dan kenyataan alasan KPHDN.
  8. Sekiranya PKCP bersetuju membenarkan lanjutan masa, PKCP akan memaklumkan perayu dan menyatakan tarikh Borang Q perlu dikemukakan.
  9. Sekiranya permohonan ditolak, perayu akan dimaklumkan oleh PKCP dan perayu tidak berhak membuat rayuan selanjutnya. Keputusan PKCP adalah muktamad.
  10. Penghantaran Borang N melalui e-mel atau medium elektronik adalah TIDAK DITERIMA.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan prosedur rayuan lewat, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

Di lawati : 33,279
Kemaskini : : 2021-06-14 10:46:16

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 86 Online : 86
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 20,673
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 354,149
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,288,837
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,502,997
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897