logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Prosedur Rayuan (Borang Q)
PROSEDUR RAYUAN (BORANG Q)
  1. Orang yang membuat rayuan (perayu) hendaklah mengemukakan empat (4) salinan Borang Q bagi setiap tahun taksiran dan perlu memastikan sekurang-kurangnya satu (1) salinan Borang Q adalah salinan asal manakala tiga (3) salinan lagi adalah salinan fotokopi.
  2. Borang Q dan lampiran (jika ada) yang dikemukakan oleh perayu tidak boleh disertakan bersama-sama dengan dokumen lain. Borang Q yang lengkap berserta dengan alasan rayuan hendaklah dikemukakan ke jabatan/cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu atau yang membangkitkan taksiran berkenaan. Borang Q boleh dimuat turun dan dicetak daripada pautan berikut:
  3. Borang Q yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    1. tarikh dan amaun cukai yang kena dibayar (amaun cukai yang kena dibayar adalah merujuk kepada notis taksiran yang dipertikaikan);
    2. alasan rayuan secara terperinci dan mengandungi maklumat lain yang diperlukan oleh borang itu; DAN
    3. Borang Q mesti ditandatangani oleh perayu iaitu orang yang ditaksir dan dikenakan cukai.
    4. bagi kes syarikat dan perkongsian liabiliti terhad, Borang Q hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 75 dan 75B ACP masing-masing.
    5. mulai Tahun Taksiran 2019, jika taksiran anggaran di bawah subseksyen 90(3) ACP dibuat terhadap suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi kerana kegagalan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), rayuan melalui Borang Q terhadap taksiran itu hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang berkenaan.
  4. Penghantaran Borang Q melalui e-mel atau medium elektronik adalah TIDAK DITERIMA.
  5. Borang Q tidak boleh ditandatangani oleh ejen cukai atau peguam.
  6. Borang Q yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada perayu.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan prosedur rayuan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

Di lawati : 47,323
Kemaskini : : 2021-06-14 10:06:39

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 2 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 78 Online : 78
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 21,150
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 354,626
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,289,314
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,503,473
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897