logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Akademi Percukaian Malaysia
Akademi Percukaian Malaysia

Akademi Percukaian Malaysia (APM) merupakan institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). APM menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus disesuaikan menerusi platform Learning Management System (LMS), Google Classroom, Microsoft Teams, Zoom dan sepertinya.

Fungsi Utama APM

  • Mengendalikan aktiviti pembelajaran dan latihan dalaman melalui pelbagai program dalam bidang percukaian dan soft-skill untuk pegawai LHDNM.
  • Mengembangkan dan meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan orang awam ke arah pematuhan cukai secara sukarela menerusi Program Pembelajaran Cukai.
Program Latihan Dalaman

Program latihan dalaman yang dijalankan di APM terbahagi kepada 2 kategori iaitu kursus wajib bagi tujuan pengesahan perkhidmatan dan kenaikan pangkat, serta kursus kemahiran.

Program Latihan Kerjasama Antarabangsa

Selain kursus dan latihan dalaman, APM juga melaksanakan kursus-kursus antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama organisasi percukaian antarabangsa termasuk Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), dan Japan International Cooperation Agency (JICA) menerusi Pusat Latihan Antarabangsa dan Profesional (PLAP).

Program dan kursus antarabangsa yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga kepada pegawai-pegawai cukai dari negara-negara Association of South East Asian Nations (ASEAN), negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan turut dibuka kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Fokus latihan meliputi pelbagai topik termasuk percukaian antarabangsa, syarikat multinasional, e-dagang, pindahan harga, perjanjian cukai dan pertukaran maklumat. Penyertaan bagi kursus kolaborasi antarabangsa adalah berdasarkan jemputan sahaja.

Selaras dengan pencegahan penularan Covid-19, kursus antarabangsa pada tahun ini mengutamakan kaedah dalam talian. Berikut merupakan program dan kursus antarabangsa yang akan dijalankan oleh PLAP, APM dalam tahun 2021.

NO
TARIKH
KURSUS
KAEDAH
1
01 Feb - 22 Feb
MODUL PERCUKAIAN ANTARABANGSA: BASIC CONCEPTS OF TRANSFER PRICING
e-pembelajaran
2
16 Feb - 10 Jul
IRBM-BRITACOM : EXPEDITING TAX DISPUTE RESOLUTION
Kelas secara maya
3
22 Feb - 15 Mac
MODUL PERCUKAIAN ANTARABANGSA: INTRODUCTION TO TRANSFER PRICING
e-pembelajaran
4
02 Mac - 04 Mac
IRBM – OECD: MLI WORKSHOP
Kelas secara maya
5
15 Mac - 14 Apr
MODUL PERCUKAIAN ANTARABANGSA: A TOOLKIT FOR ADDRESSING DIFFICULTIES IN ACCESSING COMPARABLES DATA FOR TRANSFER PRICING ANALYSES
e-pembelajaran
6
12 Apr - 12 Mei
MODUL PERCUKAIAN ANTARABANGSA: INTRODUCTION TO TAX TREATIES
e-pembelajaran
7
01 Jun - 30 Jun
MODUL PERCUKAIAN ANTARABANGSA: BEPS MINIMUM STANDARDS
e-pembelajaran
8
08 Jun - 11 Jun
IRBM – MTCP: WEBMINAR ON GENERAL TAX ADMINISTRATION
Kelas secara maya
9
14 Jun - 12 Sept
IRBM-BRITACOM : TAX SERVICES
e-pembelajaran
10
28 Jun - 02 Jul
IRBM – CATA : WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) – TRANSFER PRICING WORKSHOP
Kelas secara maya
11
05 Jul - 09 Jul
IRBM – CATA : WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) – TRANSFER PRICING WORKSHOP
Kelas secara maya
12
01 Sept - 03 Sept
IRBM-OECD: ANTI ABUSE AND MLI PROVISIONS
Kelas secara maya

*Nota: Tarikh mungkin berubah dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM, sila hubungi:

Pejabat Pendaftar,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.
Telefon: +603-8924 3600 / +603-8924 5800
Faks: +603-8925 7299
Customer Care Officer: nursuraya@hasil.gov.my

Di lawati : 591,717
Kemaskini : : 2021-09-08 18:08:39

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 3 Dis 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 77 Online : 77
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 20,503
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2021 ) 353,979
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 24,288,667
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 273,502,827
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2021 ) 2,917,664
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897