SIJIL TARAF MASTAUTIN
Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan rakan pejanji Malaysia sahaja.
Penentuan Taraf Mastautin
Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL) iaitu:
- Individu - Seksyen 7 ACP
- Syarikat - Seksyen 8 ACP
- Badan Amanah - Seksyen 61 (3) ACP
- Entiti Labuan - Seksyen 3B ACAP
Permohonan STM
Permohonan STM boleh dibuat secara manual atau melalui sistem e-Residence
Permohonan STM secara Manual
Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan HASiL kecuali Cawangan Siasatan, Pusat Khidmat Hasil dan pejabat satelit. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan manual hendaklah dikemukakan dengan salinan asal. Permohonan yang dihantar melalui emel atau faks tidak akan diproses.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan STM, sila hubungi kami di alamat emel berikut: cor@hasil.gov.my
Pemohon
Kategori pemohon STM secara manual adalah seperti berikut:-
Bil | Kategori Permohonan | Dokumen Sokongan Diperlukan | |
1. | Individu |
|
|
2. | Syarikat dan Kumpulan Orang |
|
|
3. | Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) |
|
|
4. | Perkongsian | Dokumen sokongan adalah mengikut kategori ahli kongsi. Contoh:- Jika ahli kongsi adalah individu maka dokumen sokongan diperlukan adalah seperti kategori pemohon individu. | |
5. | Badan Amanah | Salinan surat ikatan penubuhan Badan Amanah. | |
6. | Entiti Labuan |
|
Permohonan STM Negara Tertentu
Permohonan STM untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan.
Fail milik Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin (CTB)
Permohonan STM bagi fail di bawah kendalian Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin hendaklah dikemukakan ke cawangan berkenaan.
Tempoh Siap
STM akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja, sekiranya maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan lengkap. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM yang TIDAK DITUNTUT selepas TIGA (3) BULAN dari tarikh permohonan akan terbatal. Permohonan baharu perlu dikemukakan bagi STM yang telah dibatalkan.
Bayaran
Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.