Selamat Datang ke Portal Rasmi

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bersama Membangun Negara

Kenyataan Media

09 Jun 2023

PELAKSANAAN E-INVOIS TERUS DIPERKASA OLEH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) BERSAMA DENGAN PENGAMAL PERCUKAIAN, BADAN PROFESIONAL DAN MEDIA ZON UTARA

Pulau Pinang, 9 Jun 2023 – Dalam agenda memperkasa pelaksanaan e-invois serta pemantapan pembangunan infrastruktur perkhidmatan digital bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus menggiatkan lagi promosi pelaksanaannya ke Zon Utara yang menjadi destinasi kedua siri jelajah sesi libat urus pelaksanaan e-invois.

Muat turun berita

Pengumuman

07 Jun 2023

Konsultasi Awam berhubung Ketetapan Umum

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan Ketetapan Umum: Pencukaian Petroleum Huluan. Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut.

Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 7 Jun 2023 hingga 20 Jun 2023 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback@hasil.gov.my.

Klik di sini untuk muat turun

Peringatan Penipuan

JANGAN JADI MANGSA

Penipuan kewangan dan percukaian

JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT SULIT

Kewangan dan percukaian kepada mereka yang diragui

JANGAN BERI MAKLUM BALAS

Sekiranya menerima sebarang panggilan telefon, SMS, e-mel atau surat yang meragukan

DAPATKAN PENGESAHAN LHDNM

Melalui borang maklum balas atau hubungi Pusat Panggilan di 03-8911 1000

Klik pautan ini untuk Maklumat Lanjut

Kapsul Cukai

Mytax, Gerbang Informasi Percukaian.
Kini segalanya di hujung jari anda.
https://mytax.hasil.gov.my/

Pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 01 Mac 2023. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2023

Permohonan No PIN menjadi semakin mudah! Anda hanya perlu log masuk ke MyTax.

Bayaran balik cukai pendapatan anda akan dibuat secara Pindahan
Elektronik (EFT) terus ke akaun bank anda. Sila nyatakan nama dan
nombor akaun bank anda yang sahih dan betul.

LHDNM telah menyediakan aplikasi e-Lejar supaya anda boleh
membuat semakan lejar cukai pendapatan pada bila-bila masa
dan di mana sahaja anda berada.

Pengarah syarikat mempunyai tanggung jawab untuk membayar baki
cukai terhutang syarikat. Pengarah itu juga boleh dikenakan sekatan
perjalanan (Sek.104) jika gagal menjelaskan cukai tersebut.

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan
dari penggajian, perniagaan, dividen, sewa, royalti, pencen dan
pendapatan lain yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi,
persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

LHDNM telah menyediakan pelbagai kemudahan bayaran
secara elektronik / ByrHASiL dengan bank-bank terpilih.
Sila rujuk https://www.hasil.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Notis CP38 yang dikeluarkan kepada majikan merupakan arahan
tambahan potongan gaji untuk menyelesaikan baki cukai pekerja
selain daripada Potongan Cukai Bulanan (PCB)

30 Jun 2023 ialah tarikh akhir penghantaran Borang B Tahun Taksiran 2022 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu yang memperolehi pendapatan perniagaan..

Membayar cukai pendapatan yang sepatutnya boleh mengelakkan
anda dari dikenakan kenaikan cukai, tindakan mahkamah serta
sekatan perjalanan keluar negara.