PIAGAM PELANGGAN
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
KAMI KOMITED UNTUK MENAMBAHBAIK SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SECARA BERTERUSAN SERTA MEMBERIKAN LAYANAN YANG ADIL DAN SAKSAMA DALAM SEGALA URUSAN BERDASARKAN PIAWAIAN BERIKUT:
1. Menyediakan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk tahun semasa bagi:
i. pembayar cukai individu
|
- pada akhir bulan Februari |
ii. pembayar cukai selain individu
|
- pada akhir bulan April |
2. Menyediakan kemudahan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik
3. Mengembalikan lebihan bayaran/pembayaran balik cukai pendapatan bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang lengkap dan betul dari tarikh penerimaan borang secara:
i. e-Filing
|
- 30 hari bekerja |
ii. pos atau serahan tangan
|
- 90 hari bekerja |
4. Mengeluarkan surat penyelesaian cukai dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh dokumen relevan yang lengkap diterima
5. Mengambil tindakan atas surat cara pindah milik harta tanah bagi taksiran duti setem seperti berikut:
i. menghantar Borang PDS 15 untuk penilaian
|
- 8 hari bekerja |
ii. mengeluarkan notis taksiran dari tarikh laporan penilaian diterima
|
- 8 hari bekerja |
iii. mengindorskan Borang KTN 14A dari tarikh bayaran diterima
|
- 3 hari bekerja |
6. Menaksir surat cara selain daripada surat cara pindah milik harta tanah bagi:
i. taksiran rasmi
|
- 5 hari bekerja |
ii. taksiran tidak rasmi
|
- 1 hari bekerja terhad kepada 30 surat cara bagi setiap pemohon |
7. Menyelesaikan rayuan/bantahan selain daripada Borang Q dalam tempoh 60 hari sekiranya maklumat lengkap diterima
8. Memproses Borang Q untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dalam tempoh 5 bulan dari tarikh penerimaannya
9. Mengambil tindakan terhadap surat, faks, dan e-mel dengan mengeluarkan:
i. surat akuan terima dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan
|
ii. surat makluman berhubung status tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas surat akuan terima dihantar sekiranya perkara yang dibangkitkan mengambil masa untuk diselesaikan
|
10. Menjawab panggilan telefon dalam tempoh tidak melebihi 3 deringan
11. Memberi layanan di kaunter dalam tempoh 15 minit selepas mengambil nombor giliran
BAGI MEMBOLEHKAN LHDNM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG EFISIEN, ANDA BERTANGGUNGJAWAB:
1. Mendaftar fail cukai jika anda layak dikenakan cukai pendapatan
2. Melaporkan pendapatan sebenar dan menuntut pelepasan/perbelanjaan atau potongan yang layak pada Borang Nyata Cukai Pendapatan
3. Menghantar sama ada secara e-Filing atau pos Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah diisi dengan lengkap dan betul pada atau sebelum tarikh akhir
4. Membayar cukai pada tarikh yang ditetapkan
5. Memberi maklumat yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan
6. Memberitahu sebarang pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pertukaran
7. Menyimpan dokumen/rekod selama 7 tahun dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan
8. Mengemukakan dokumen pindah milik harta tanah/saham mengikut senarai semakan LHDNM
9. Membayar duti setem dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran
SEGALA MAKLUMAT PERIBADI DAN KEWANGAN YANG ANDA BERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA DIGUNAKAN BAGI TUJUAN YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG SAHAJA
BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
1-800-88-5436
|