Isnin 6 September 2010
Menu Utama
Kalendar
Kalendar Aktiviti
Duti setem
Duti Setem
Bookmark and Share
Maklumat Duti Setem Duti setem

Duti Setem


Taksiran dan Pungutan Duti Setem diluluskan oleh undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.

Jenis Duti

Duti setem - Jenis Duti
  1. Akta Setem 1949 memperuntukkan:

    1. Pengenaan Duti Ad Valorem (iaitu mengikut nilai) keatas:

    2. Surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;

    3. Surat cara yang mewujudkan kepentingan keatas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun

    4. Surat cara sekuriti untuk wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau obligasi untuk pembayaran (yang dikenali sebagai Bon)

    5. Surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

  2. Pengenaan Duti Tetap keatas:

    1. Lain-lain surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya Surat Kuasa Wakil, Perkara-perkara Persatuan bagi Syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan

    2. Surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau primer telah disetemkan dengan sempurna

Mengenalpasti Tanggungan

Duti setem - Mengenalpasti Tanggungan
  1. Langkah pertama adalah untuk mengenal pasti jenis suratcara dan pengenaannya. Bagi kes-kes suratcara yang standard, kandungan makna yang betul dan sebenarnya menentukan peraturan dan klasifikasi. Huraian yang dinyatakan di dalam suratcara itu sendiri tidak membawa apa-apa kesan. Bagi kes-kes suratcara bukan standard, klasifikasinya ditentukan melalui kandungan suratcara tersebut sebagaimana yang di tafsir melalui pemeriksaan hak dan obligasi yang diwujudkan. Contoh di mana peraturan ini terpakai termasuklah suratcara yang memberi kesan kepada perlucutan hak atau kepentingan ke atas harta melalui "Declaration of Trust" atau "Deed of Family Arrangement" atau melalui "Jualan" atau melalui "Hadiah" atau "Sekuriti".

  2. Langkah kedua melibatkan keterangan liabiliti bagi suratcara standard di mana suatu suratcara dikenakan duti setem di bawah 2 butiran yang berlainan. Ia diperuntukkan bahawa perkara-perkara yang berasingan termasuk balasan yang berasingan boleh dikenakan duti yang berasingan.

  3. Langkah ketiga, suratcara bukan standard yang dikenakan duti ad valorem. Suratcara ini memerlukan pemeriksaan dan di mana perlu, penilaian balasan iaitu harga yang dijanjikan atau tindakan yang akan dilaksanakan oleh suratcara tersebut.

Prinsip utama dalam pemakaian undang-undang duti setem ialah perkara yang dikenakan duti ialah suratcara dan bukannya transaksi.

Adjudikasi Surat Cara

Adjudikasi Surat Cara

Tujuan adjudikasi

Satu permohonan untuk menentukan amaun duti yang kena dibayar ke atas mana-mana suratcara yang disempurnakan boleh dibuat kepada Pemungut. Untuk tujuan ini, pemungut memerlukan suratcara dikemukakan bersama afidavit atau lain-lain bukti. Permohonan boleh ditolak oleh pemungut sehingga dokumen yang diperlukan dikemukakan.

Tujuan adjudikasi adalah untuk melindungi pihak-pihak yang berkaitan dalam sesuatu kontrak berhubung dengan penggunaan suratcara sebagai bukti di mahkamah. Suratcara yang tidak disetemkan dengan sempurna tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

Adjudikasi Suratcara

Berkuat kuasa 1hb Januari 2009, bayaran adjudikasi surat cara RM10 tidak lagi dikenakan.

 

Tanggungjawab Setiausaha Syarikat/Pendaftar

Duti setem - Tanggungjawab Setiausaha Syarikat Pendaftar

Seksyen 52(1) Akta Setem 1949 melarang pendaftaran, penerimaan atau pengiktirafan mana-mana suratcara yang tidak disetemkan dengan sempurna. Sekiranya tugas anda termasuk mendaftar, menerima atau mengiktiraf surat cara pindah milik syer dan surat ikatan penyerahhakan, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk menentukan sama ada suratcara tersebut dikenakan duti tetap atau duti ad valorem.

Kegagalan untuk mematuhi seksyen tersebut boleh dikenakan hukuman bawah seksyen 69(2) dengan denda yang tidak melebihi RM1500

Tanggungjawab Peguam

Duti setem - Tanggungjawab Peguam

Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap perkara-perkara teknikal atau prosedur-prosedur, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk mendapatkan penjelasan. Kerani atau pelayan pejabat tidak sepatutnya diarah untuk mewakili syarikat dalam isu-isu teknikal dan prosedur-prosedur mengenai pengenaan setem

Penalti (Duti Setem)

Duti setem - Penalti Duti Setem

Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan sekiranya ia disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.
Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;

  1. RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

  2. RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

  3. RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)

Cara Pembayaran

Duti setem - CaraPembayaran

Pembayaran boleh dibuat dengan cara :

  1. Wang tunai (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM100) atau

  2. Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500) atau

  3. Kiriman Wang, Cek Peguam atau Draf Bank di atas nama Timbalan Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan atau melalui surat berdaftar.

Pelepasan Duti Setem

Duti setem - Pelepasan Duti Setem

Pelepasan boleh diberikan dibawah peruntukan:

a.   Seksyen 15 Akta Setem 1949

b.   Seksyen 15A Akta Setem 1949

Pindaan Terkini Kepada Akta Setem 1949

Duti setem - Pindaan Terkini Kepada Akta Setem

Perintah Duti Setem

Duti setem - Perintah Duti Setem

Tahun 2007 - Perintah Duti Setem (Peremitan)

i) P.U.(A) 85

ii) P.U.(A) 402

Tahun 2008 - Perintah Duti Setem (Peremitan)

i) P.U.(A) 211

ii) P.U.(A) 311

Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Peremitan)

i) P.U.(A) 391

ii) P.U.(A) 409

Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Pengecualian)

i) P.U.(A) 410

 

Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM
Pelawat Online : 16      Anda pelawat ke : 260911   sejak 13 April 2010.