Isnin 6 September 2010
Menu Utama
Kalendar
Kalendar Aktiviti
Maklumat Terkini
Bookmark and Share
Maklumat Terkini

Maklumat Terkini

Maklumat Terkini

Keselamatan Online - melindungi aktiviti online anda
Keselamatan Online - melindungi aktiviti online anda

Komunikasi dan transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). Namun, kebaikan transaksi online juga boleh menimbulkan risiko penipuan - misalnya individu-individu yang menipu pembayar cukai dengan mengaku diri sebagai wakil yang dilantilk oleh LHDNM untuk mendapatkan maklumat tertentu atau menuntut bayaran cukai melalui e-mel.

LHDNM, sama seperti semua pembekal perkhidmatan online yang lain, sentiasa komited untuk menjamin keselamatan aktiviti online anda - walaubagaimanapun anda harus waspada.

Kaedah yang digunakan oleh individi-individu di atas untuk memperoleh maklumat yang mereka inginkan selalu berubah, oleh itu LHDNM akan mengumumkan jenis-jenis penipuan yang dikenalpasti dari masa ke masa. Risiko utama melibatkan tuntutan bayaran cukai pendapatan palsu melalui e-mel. LHDNM sentiasa memantau sistem dan mengawal rekod pelanggan dari sebarang akitiviti penipuan.

Sila ambil pastikan ID pengguna dan kata laluan yang anda gunakan ketika mengakses sistem LHDNM disimpan dengan selamat. Sebarang kegiatan yang mencurigakan harus dilaporkan kepada LHDNM dengan segera.

Melaporkan aktiviti e-mel palsu kepada LHDNM

LHDNM tidak pernah memohon bayaran cukai atau melantik broker / pemungut cukai asing / mana mana pihak ketiga untuk memungut cukai pendapatan Malaysia melalui e-mel.

Jika anda menerima e-mel yang tidak di alamatkan kepada anda secara tepat dan kemudian meminta anda untuk klik pada pautan , mendedahkan butiran peribadi atau membuat bayaran cukai pendapatan / denda yang mencurigakan , anda mungkin akan terdedah dengan anasir penipuan dari laman palsu.

Jika anda telah menerima e-mel daripada LHDNM yang anda berasa sangsi / penipuan, sila kemukakan e-mel tersebut ke aduan@hasil.gov.my.

Tindakan akan diambil atas setiap aduan yang diterima.


MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN

  • Pautan
    Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
    Sorotan
    PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
    Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
    Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM
    Pelawat Online : 37      Anda pelawat ke : 260587   sejak 13 April 2010.