Isnin 6 September 2010
Menu Utama
Kalendar
Kalendar Aktiviti
Profail Koperat
Profail Korporat Akademi Percukaian Malaysia
Bookmark and Share
Profail Koperat Alamat

Akademi Percukaian Malaysia (APM)

Objektif

  1. Memberi latihan kepada pegawai dan staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dalam bidang percukaian dan pengurusan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas secara profesional;

  2. Memperkukuhkan pengetahuan dan kepakaran pegawai dan staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memenuhi kehendak sistem percukaian yang dinamik;

  3. Memperluaskan perspektif dan pengetahuan pegawai dan staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia melalui latihan bersama dengan individu serta organisasi daripada dalam dan luar negara; dan

  4. Menyediakan program pembelajaran cukai kepada orang awam untuk menambahkan pengetahuan dan kesedaran mereka berkenaan percukaian di negara ini.

Untuk maklumat selanjutnya berkenaan APM, sila hubungi:

Pengarah,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
MALAYSIA.
No. Telefon: 603-89255611
No. Faks: 603-89257299 / 603-89257005

Selanjutnya berkenaan APM

Lokasi

Fungsi Lembaga

Akademi Percukaian Malaysia (APM) ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang mula beroperasi pada bulan September 1994. Ianya terletak di sebuah tapak seluas 37.3 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Tanggungjawab

Akademi Percukaian - Tanggungjawab

Akademi Percukaian Malaysia diamanahkan tanggungjawab untuk merealisasikan objektif latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Ia bertujuan untuk:

  1. Menghasilkan tenaga kerja yang berdisiplin tinggi dan profesional serta masyarakat yang berpengetahuan yang akan mematuhi undang-undang cukai secara sukarela; dan

  2. Merealisasikan wawasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam mengurus dan mentadbir cukai di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program Latihan

Kemudahan Yang Disediakan

Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM
Pelawat Online : 31      Anda pelawat ke : 260777   sejak 13 April 2010.