Isnin 6 September 2010
Menu Utama
Kalendar
Kalendar Aktiviti
Profail Koperat
Profail Korporat Profil LHDNM
Bookmark and Share
Profail Koperat Profil Korporat

Profil LHDNM

Profil LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan.

Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

Akta Cukai Pendapatan 1967,
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
Akta Penggalakan Pelaburan 1986,
Akta Setem 1949,
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Fungsi Lembaga

Fungsi Lembaga
  1. Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,

  2. Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,

  3. Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,

  4. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan

  5. Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Kuasa Lembaga

Kuasa Lembaga
  1. Membuat Kontrak,

  2. Mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suaimanfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut,

  3. Melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik,

  4. Memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak-pihak berkuasa percukaian negara-negara lain,

  5. Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga,

  6. Memberi pinjaman kepada pekerja-pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga,

  7. Menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga,

  8. Menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut dan

  9. Melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

Budaya Korporat

Budaya Korporat

VISI

Pentadbir Cukai Terunggul

MISI

Memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti dan berintegriti ke arah meningkatkan pematuhan sukarela

OBJEKTIF

Melaksanakan Sistem Pengurusan Percukaian Yang Berkesan, Adil dan Saksama

SLOGAN

Bersama Membangun Negara

DASAR KUALITI

Berteraskan integriti, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan

MOTO PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda

 

Pengurusan Eksekutif

Pengurusan Eksekutif

TAN SRI HASMAH ABDULLAH P.S.M, S.I.M.P, J.S.M , S.M.P, K.M.N.
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATO' CHE OMAR A. RAHAMAN D.S.D.K, D.I.M.P, J.S.M, S.D.K.
Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATO' DR. MOHD. SHUKOR HJ. MAHFAR D.P.T.J, J.S.M, B.C.M.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Percukaian)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

SHAHMIN TA ABDULLAH K.M.N.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATO' DR. SITI MARIAM CHE AYUB D.P.S.K, P.S.K.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pengurusan Kanan

Pengurusan Kanan

Ibu Pejabat

  1. ZAKARIA A. SAMAD J.S.M., A.M.N, A.M.K.
    Pengarah Jabatan Kewangan

  2. MOHD NIZOM SAIRI A.M.N
    Pengarah Akademi Percukaian Malaysia

  3. MOHD. IDRIS MAMAT
    Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai

  4. MOHAMMAD SAIT AHMAD K.M.N, P.P.S
    Pengarah Jabatan Operasi Cukai

  5. NOOR AZIAN ABDUL HAMID
    Pengarah Jabatan Cukai Multinasional

  6. DATIN SRI NOORHAYATI ISMAIL J.S.M., S.D.K.
    Pengarah Jabatan Sumber Manusia

  7. NOR'AINI JA'AFAR A.S.D.K
    Pengarah Jabatan Cukai Korporat

  8. SALMAH KASSIM
    Pengarah Jabatan Undang-Undang

  9. ADZHAR SULAIMAN
    Pengarah Jabatan Siasatan

  10. MARIAM MOHD
    Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat

  11. ROSNAH TAHIR K.M.N, A.M.N.
    Pengarah Jabatan Perolehan dan Aset

  12. MANSOR HASSAN
    Pengarah Jabatan Cukai Antarabangsa

  13. PUTEH MARIAH HARUN P.M.P.
    Pengarah Jabatan Pungutan Hasil

  14. HALIJAH BULAT P.M.P.
    Pengarah Jabatan Dasar Pencukaian

  15. MAHHANI A.MANAN
    Pengarah Jabatan Penyelidikan Percukaian

  16. ROZINA SHAIK OSMAN MERICAN
    Pengarah Jabatan Khidmat Korporat

  17. MARINA A.AZIZ
    Pengarah Jabatan Inspektorat

  18. NAZLAN BODIN
    Pengarah Jabatan Audit Dalam

  19. SALAMATUNNAJAN BESAH
    Pengarah Jabatan Pemprosesan Maklumat

Pejabat Pengarah Negeri

  1. SABIN @ SAPILIN SAMITAH
    Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  2. MAHMOOD DAUD
    Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya

  3. ABD AZIZ HASHIM
    Pengarah Negeri Pulau Pinang

  4. MAT LAZIM SALLEH P.M.P.
    Pengarah Negeri Pahang

  5. DATIN NOOR IZZAH MANSOR J.S.M., S.D.K.
    Pengarah Negeri Johor

  6. ASRIAH SHAARI
    Pengarah Negeri Selangor

  7. ROMLI A.HAMID
    Pengarah Negeri Sarawak

  8. JOSEPHINE HILARY DOM @ JOSEPHINE JOHN P.P.S, P.P.B.
    Pengarah Negeri Kedah / Perlis

  9. WAN AZNI WAN HASSAN
    Pengarah Negeri Perak

  10. ABD MANAP DIM
    Pengarah Negeri Sembilan / Melaka

  11. KAMARUZZAMAN AB. SALLEH
    Pengarah Negeri Sabah

  12. ABDUL RAHAMAN KAMARUZAMAN
    Pengarah Negeri Terengganu / Kelantan
Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM
Pelawat Online : 22      Anda pelawat ke : 260535   sejak 13 April 2010.