Selasa 9 Februari 2010
Menu Utama
Kalendar
Kalendar Aktiviti
aplikasi e-Hasil

Capaian Pantas Aplikasi e-HASiL

e-Filing e-Bayaran Daftar PCB Calculator eData PCB
ePCB SMS STAMPS TAeF
Pembelajaran Cukai

Anda dinasihatkan untuk mengingati kata laluan e-Filing untuk mengemukakan Borang Cukai Pendapatan secara online untuk tahun-tahun seterusnya

Mulai Tahun Taksiran 2004, individu pemastautin yang menerima pendapatan dari luar Malaysia dikecualikan dari dikenakan cukai pendapatan

Semua rekod dan dokumen berkenaan percukaian perlu disimpan selama tempoh 7 tahun dari tarikh pengemukaan Borang Cukai Pendapatan kepada LHDNM

Rekod-rekod dan buku-buku akaun perniagaan perlu disimpan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris untuk semakan audit/penyiasatan oleh pegawai LHDNM

Pekerja perlu segera memaklumkan kepada majikannya sebarang perubahan maklumat asas berkenaan taraf perkahwinan, bilangan anak, dan kematian isteri/suami/anak bagi penentuan amaun Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Pekerja boleh memohon kepada majikannya supaya membuat potongan tambahan kepada Potongan Cukai Berjadual (PCB) sekiranya beliau merasakan potongan tersebut tidak mencukupi untuk menampung cukai pendapatan semasa

Jika anda dikunjungi oleh sesiapa yang mengaku sebagai pegawai LHDNM dan meminta bayaran/derma/sumbangan, sila hubungi 1-300-88-3010 atau lapor kepada pihak polis

Jika anda mengetahui mereka yang melarikan / mengelak cukai pendapatan, hubungilah LHDNM di talian 03-62012929 / 03-62092614 / 03-20955372 / 03-20962607 / 03-20956406 ataupun e-mel kepada ruslanothman@hasil.gov.my

Audit cukai LHDNM dijalankan bagi mempastikan pendapatan yang dilaporkan adalah betul dan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967

Sebarang perubahan alamat perlu dimaklumkan kepada cawangan LHDNM secara bertulis atau muat turun Borang CP600B dari Laman Web LHDNM (www.hasil.gov.my) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perubahan alamat tersebut

Pengembalian Borang Cukai Pendapatan (Borang B 2008) bagi individu yang menerima pendapatan perniagaan serta bayaran baki cukai kena dibayar (jika ada) adalah pada atau sebelum 30 Jun 2009

Pembayar cukai yang gagal membayar cukai tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan kenaikan cukai 10% dan tambahan 5% dikenakan atas baki cukai tertunggak selepas tempoh 60 hari dari tempoh tersebut

Pendapatan perniagaan perkongsian hendaklah dilaporkan dalam Borang Cukai Pendapatan Perkongsian (Borang P). Setiap ahli kongsi perlu melaporkan pendapatan perkongsian yang dibahagikan dalam Borang Cukai Pendapatan masing-masing

Notis Bayaran Ansuran (Borang CP500) dikeluarkan kepada pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan pada awal tahun untuk tahun semasa

Pindaan Notis Bayaran Ansuran (Borang CP500) bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan boleh dibuat pada / sebelum 30hb Jun (tahun semasa) dengan menggunakan Borang CP502

Mulai tahun 2009, syarikat boleh mengemukakan Borang Anggaran Cukai (Borang CP204) secara online melalui Sistem e-Filing. Borang CP204 mesti dikemukakan 30 hari sebelum tempoh asas bermula

LHDNM - Promosi
Senarai maklumat kerap dilawati
barlink
Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
Maklumbalas kandungan web lhdnm
Maklumbalas
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM