Isnin 6 September 2010
Menu Syarikat Format cetakan maklumat Syarikat
Syarikat Kemaskini Maklumat Syarikat
Bookmark and Share
Kemaskini Maklumat Syarikat

Kemaskini Maklumat Syarikat

Bilakah kemaskini perlu dilakukan?

Syatikat - Bilakah Kemaskini Perlu Dilakukan

Syarikat dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat syarikat. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah :

  1. Alamat surat menyurat / alamat premis perniagaan

  2. Nombor telefon untuk dihubungi

  3. Pertukaran nama syarikat

  4. Maklumat agen cukai (jika berkenaan)

Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?

Bagaimana Melakukan Kemaskini Maklumat Anda

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunapakai Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut. Borang CP600B boleh dimuatturun melalui laman web rasmi LHDNM, www.hasil.gov.my, sila cetak borang tersebut bagi membolehkan anda mengisi secara manual. Majikan juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat yang menukar nama sila kemukakan salinan Borang 13.

Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke Cawangan di mana fail anda berada atau melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 0342893400.

Membuat Semakan Butiran Syarikat

Membuat Semakan Butiran Syarikat

Semakan boleh dibuat melalui hadir ke cawangan yang berdekatan, atau menghubungi mana-mana cawangan LHDNM atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan. Sila nyatakan nombor rujukan syarikat bagi membolehkan semakan dibuat.

Semakan Butiran Syarikat Melalui Wakil

Membuat Semakan Butiran Syarikat Melalui Wakil

Semakan juga dibenarkan dibuat melalui wakil dalam keadaan di mana pengarah syarikat tidak dapat berbuat demikian. Surat kuasa membenarkan wakil anda membuat semakan adalah diperlukan bagi mengesahkan kebenaran yang telah diberikan. Semakan hanya boleh dibuat dengan cara wakil tersebut hadir sendiri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Semakan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Walaubagaimanapun, semakan dibuat oleh wakil cukai yang sah adalah dibenarkan dengan syarat maklumat berkaitan perlantikan wakil cukai telah dikemaskini di dalam sistem LHDNM.

Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM