Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.
Contoh:
Jumlah bulan dalam tempoh asas
=
12 bulan
Anggaran cukai
=
RM12,000
Ansuran bulanan
=
RM12,000
=
RM12,000/12
=
RM1000
Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.
Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 10 setiap bulan.
Bayaran Baki Cukai
Syarikat - Bayaran Baki Cukai
Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP207) yang disediakan bersama Borang C apabila membuat bayaran.
Denda Di Bawah Skim Ansuran
Pembayaran Cukai Syarikat (Denda Di Bawah Skim Ansuran)
Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:
Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari LHDNM.
Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:
Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;
Kenaikan cukai = [ (AT-ET) - (30%xAT) ] x 10%
Di mana: AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).
Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai
Pembayaran Cukai Syarikat (Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai)
Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan. Jika amaun cukai dan penalti masih tidak dibayar selepas 60 hari dari tarikh ditetapkan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas baki cukai dan penalti yang tidak dibayar.
Rayuan Ke Atas Penalti
Pembayaran Cukai Syarikat - Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai
Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Cawangan berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.
Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.
Kaedah Pembayaran
Bayaran di kaunter bayaran LHDNM
Syarikat - Pembayaran cukai (Bayaran Di Kaunter Bayaran LHDNM)
Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM. Setiap bayaran perlu disertakan dengan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP 207) yang dihantar kepada syarikat. Terdapat 3 kaunter bayaran LHDNM utama untuk membuat bayaran cukai iaitu di kaunter bayaran Jalan Duta bagi Malaysia Barat, kaunter bayaran Kuching di Sarawak & kaunter bayaran Kota Kinabalu di Sabah.
Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
Tingkat Bawah, Blok 8A, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta, 50600 Kuala Lumpur
Tingkat Bawah, Wisma Hasil, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88600 Kota Kinabalu, Sabah
Aras 1, Wisma Hasil, No.1 Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak
Bayaran Secara Pos
Syarikat - Pembayaran cukai (Pembayaran secara pos)
Bayaran secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat cawangan pungutan sama ada di Jalan Duta, cawangan Kuching, atau Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan alamat lengkap cawangan-cawangan pungutan, sila buat pilihan faksimili di menu seterusnya.
Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Pungutan, Tingkat 15, Blok 8A, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta, Karung Berkunci 11061, 50990 Kuala Lumpur
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Unit Pungutan, Tingkat Bawah, 3 & 4 Wisma Hasil, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88600 Kota Kinabalu, Sabah
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Unit Pungutan, Aras 1, Wisma Hasil, No. 1, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak
Bayaran Di Bank
Syarikat - Pembayaran cukai (bayaran di BANK)
Bayaran cukai juga boleh dibuat melalui semua cawangan bank CIMB Bank & Public Bank di seluruh Malaysia. Sila gunakan slip bayaran CP 207 sebagai panduan untuk mengisi "Bank In Slip" LHDN yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDN tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.
Bayaran Melalui Perbankan Internet
Syarikat - Pembayaran cukai (Bayaran melalui Internet)
Baki cukai atau bayaran ansuran CP204 juga boleh dilakukan secara terus menggunakan perkhidmatan perbankan internet Public Bank, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Selain itu, syarikat juga boleh menggunakan perkhidmatan e-Bayaran yang disediakan di laman web ini. Perkhidmatan ini menggunakan kemudahan FPX (Financial Process Exchange) dan boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai perbankan internet dengan bank berikut:
Bank Islam Malaysia Berhad
CIMB Bank (Akaun BCB sahaja)
Hong Leong Bank Berhad
Maybank2e / Maybank2U
Public Bank Berhad
RHB Bank
Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.
Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara
Syarikat - Pembayaran cukai (Pindahan wang dari luar negara)
Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara;
Melalui Telegraphic Transfer (TT)
Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut;
Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Nama dan alamat bank penerima: CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Duta Tingkat Bawah, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia
No. Akaun penerima:1423-0004076-055
Swift Code : CIBBMYKL
Sort Code : N/A
Maklumat tersebut hendaklah difakskan kepada kaunter bayaran di Jalan Duta melalui fax di nombor 03-62016857 bagi membolehkan resit rasmi dikeluarkan.
Melalui Bank Draft
Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut;
Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Nama dan alamat bank pembayar: Mesti “local paying bank” atau “local correspondence bank” supaya draft tersebut menjadi cek tempatan.
Bank draft tidak boleh dibeli dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, pertukaran mata wang bagi jumlah yang perlu dibayar hendaklah dibuat dengan tepat. Maklumat bayaran dan pembayar perlu ditulis dibelakang bank draft dan kemudian diposkan ke Kaunter Bayaran di Jalan Duta.
Kaunter Bayaran
Tingkat Bawah, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta
50600 KUALA LUMPUR
Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran
Syarikat - (Prosedur Memohon Ansuran Baki Cukai)
Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.
Semak Kedudukan Cukai
Berkenaan Rekod Bayaran
Pembayaran Cukai Syarikat (Berkenaan Rekod Bayaran)
Sebarang pertanyaan berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada.
Pembayaran Cukai Syarikat (Memohon Rekod Kedudukan Cukai)
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.
Pembayar cukai dikehendaki menyimpan rekod atau dokumen bagi tempoh 7 tahun dari akhir tahun taksiran yang berkenaan untuk pengesahan pendapatan yang dikenakan cukai dan amaun cukai kena dibayar. Dokumen bermaksud penyata pendapatan dan perbelanjaan, inbois, baucar, resit dan lain-lain bagi tujuan pengesahan maklumat yang diisi dalam penyata.
Penerbitan Cukai
Perkhidmatan Emel
Cadangan / Pertanyaan
Kami memohon maaf, laman interaktif ini sedang dibaiki buat masa ini.
Untuk sebarang Cadangan atau Pertanyaan, sila kemukakan e-mel anda ke alamat
e-mel berikut;
Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon anda.
Kami menyediakan perkhidmatan perundingan kepada mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan urusan percukaian. Anda boleh datang ke Pusat Khidmat Pelanggan atau ke mana-mana cawangan berdekatan untuk mendapatkan khidmat perundingan tersebut.
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Sekiranya perkhidmatan temujanji diperlukan, sila hubungi talian perkhidmatan kami sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh temujanji.
Alamat Pusat Khidmat Pelanggan:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Khidmat PelangganAras 12,
Menara CPersiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur