Layak dicukai di bawah cukai Malaysia apabila menjalankan perniagaan melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan boleh ditaksir ke atas pendapatan yang terakru dari Malaysia.
Kadar Cukai Tidak Bermastautin
Jenis Pendapatan
Kadar (%)
Perniagaan Sewa
25
Dividen (Franked) Dividen (Single tier)
25 0
Pendapatan penghibur profesional
15
Faedah
15
Royalti
10
Pendapatan kelas khas:
Sewaan harta alih
10
Bayaran untuk khidmat teknikal dan pengurusan yang dijalankan di Malaysia
10
Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi di Malaysia berkaitan dengan penggunaan harta atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin
10
Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT)
10
**Dengan pengenalan sistem single tier berkuatkuasa 1.1.2008, semua dividen adalah dikecualikan cukai ditangan penerima. Bagaimanapun syarikat yang masih mempunyai kredit seksyen 108 di bawah sistem imputasi diberi tempoh peralihan sehingga 31.12.2013 untuk mengeluarkan dividen seperti biasa bagi membolehkan baki kredit seksyen 108 dihapuskan.