Isnin 6 September 2010
Menu Syarikat Format cetakan maklumat Syarikat
Syarikat
Bookmark and Share
Laman Syarikat

Laman Syarikat

Tanggungjawab Anda

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Syarikat - tanggung jawab pembayar cukait

Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:

  1. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

    Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.

    Jabatan Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Aras 10-18, Menara C
    Persiaran MPAJ
    Jalan Pandan Utama
    Pandan Indah
    55100 Kuala Lumpur

  2. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh

  3. Mengira cukai pendapatan

  4. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat

  5. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan

Melaporkan Pelarian Cukai

Melaporkan pelarian cukai

Sila hubungi kami jika anda mengetahui berlaku aktiviti pelarian cukai

  1. Bagaimana Membuat Laporan :

    1. Menulis surat kepada :

      Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
      Bahagian Perisikan,
      Tingkat 6, Blok 9,
      Kompleks Bangunan Kerajaan,
      Jalan Duta, Peti Surat 11833,
      50758 Kuala Lumpur.

    2. e-mel :

      ruslanothman@hasil.gov.my (Aduan Pelarian Cukai)

    3. Telefon :

      03-62091000 (samb: 3251, 3922, 3923 atau 3967)
      03-62012929 atau
      03-20955372 (talian terus)

    4. Fax : 03-62039426

    5. Hadir sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang tertera di atas.

  2. Butiran maklumat pelarian cukai diperlukan :

    1. Nama, no. kad pengenalan, alamat penuh

    2. Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan

    3. Dokumen rujukan (jika ada)

    4. Maklumat lain yang penting

  3. Ganjarannya :

    Pemberian ganjaran adalah mengikut pertimbangan LHDNM berdasarkan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan.

    Pemberian ganjaran juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  4. Jaminan Kerahsiaan :

    Segala maklumat dan identiti anda sebagai pengadu adalah rahsia.

JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN
BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN

Soalan Lazim

Laman Syarikat - soalan Lazim

Mengemukakan Borang

Syarikat - mengemukakan borang

Mulai tahun taksiran 2001 syarikat perlu membuat taksiran sendiri dan menentukan cukai kena dibayar serta melaporkannya kepada LHDN di dalam borang yang ditetapkan (Borang C). Nota Penerangan serta kaedah pengiraan cukai turut disediakan bagi membantu syarikat dalam urusan pengemukaan Borang C.

Tarikh Akhir Penghantaran Borang

Syarikat - Tarikh Akhir Penghantaran Borang

Borang C perlu dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap sebelum mengemukakannya ke LHDN. Hantar Borang C ke alamat :

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pusat Pemprosesan, Aras 10-18, Menara C,
Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama Pandan Indah
Karung Berkunci 11018,
50990 Kuala Lumpur.

Kebiasaannya Borang C perlu dikembalikan bersama-sama dengan Borang R bagi tahun taksiran yang sama.

Bayaran Balik Cukai

Syarikat - bayaran cukai

Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara otomatik kepada pembayar cukai. Walau bagaimanapun sekiranya anda masih mahu mengemukakan permohonan anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat dan dialamatkan kepada Unit Pungutan Jalan Duta atau emel ke Pusat Khidmat Pelanggan, Pandan Indah di alamat callcentre@hasil.gov.my atau melalui panggilan telefon ke talian 1-300-88-3010.

Semak Kedudukan Cukai

Syarikat - semak kedudukan cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan dimana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama.

Pautan
Nifty Corners: Javascript and CSS rounded corners
Sorotan
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM