Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Hantar Segera Borang C, R, C1, TA, TC Dan TR Tahun Taksiran 2010
print text

Kuala Lumpur, 18 Julai - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengingatkan pembayar cukai kategori Syarikat, Koperasi dan Badan Amanah yang menutup tempoh perakaunan mereka pada 31 Disember 2010 agar segera mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2010 (Borang C, R, C1, TA, TC dan TR) selewat-lewatnya pada 31 Julai 2011. Mereka juga perlu menjelaskan segala amaun cukai yang kena dibayar selewat-lewatnya pada 31 Julai ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Dr. Mohd Shukor Mahfar dalam satu kenyataan hari ini. Penghantaran borang dan urusan pembayaran baki cukai boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem e-Filing dan e-Bayaran yang boleh dicapai di www.hasil.gov.my. Menurut beliau lagi, kegagalan mengemukakan BNCP dalam tempoh yang sepatutnya adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dalam perkembangan berkaitan, LHDNM telah menerima sebanyak 129,064 borang C, TA, TC dan TR Tahun Taksiran 2010 setakat ini. Jumlah ini mewakili 41% daripada bilangan borang yang sepatutnya diterima daripada pembayar cukai Syarikat dan Badan Amanah.

Muat Turun Kenyataan Media



Kemaskini(Updated) : 19 Sep,2012Dilawati / Hit(s) : 12,617
Maklumat Terkini Muka(Page) : 1
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 54    Canada Flag 1    China Flag 2    MALAYSIA Flag 41    United States Flag 10   
Pengunjung: 46,476,260 Hari Ini : 4,820 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 929,624Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM