Utama » Sijil Taraf Mastautin
|
|
Sijil Taraf Mastautin
Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan pencukaian. Sijil ini membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dengan Negara Pejanji.
Penentuan Taraf Mastautin
Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:
Permohonan STM
Permohonan STM boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM. Walau bagaimanapun STM bagi pembayar cukai Jabatan Cukai Korporat dan Cawangan Jalan Duta dikeluarkan oleh Jabatan Percukaian Antarabangsa.
Borang Permohonan STM
Untuk permohonan STM, Borang STM1 perlu dilengkap. Bagi memohon lebih daripada satu salinan, Borang STM1A juga perlu diisikan.
Senarai Semak
Semua dokumen berkaitan seperti dalam Senarai Semak dikepilkan.
Tempoh Siap
STM siap dalam tempoh 3 hari bekerja jika semua dokumen dan maklumat telah diberikan dengan sempurna.
Bayaran
Tiada bayaran dikena bagi STM yang dikeluarkan.
Kemaskini(Updated) : 11 Okt,2010Dilawati / Hit(s) : 33,137|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
20
4