Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Panduan Bagi Permohonan Ejen Cukai
print text

PANDUAN BAGI PERMOHONAN EJEN CUKAI
[Subseksyen 153(3) Akta Cukai Pendapatan 1967]

Kelulusan Ejen Cukai dikeluarkan bagi tempoh 3 tahun dan perlu diperbaharui 4 bulan sebelum tamat tempoh.

A. PERMOHONAN BARU EJEN CUKAI

1.

SYARAT KELAYAKAN

a. Mempunyai kelulusan dan pengalaman seperti di Lampiran A;

b. Menghadiri Seminar Bajet tahunan terkini anjuran LHDN/MIT/MATA; dan

c. Mempunyai 40 mata Continuing Professional Development (CPD)/Continuing Prefessional Education (CPE) dalam tempoh satu (1) tahun terkini. Penentuan mata CDP/CPE adalah seperti di Lampiran B

2.

PROSEDUR PERMOHONAN

a. Permohonan dibuat secara online melalui Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) di http://smpc.treasury.gov.my.




b. Permohonan hendaklah disertakan dengan :


i. Wang proses sebanyak RM50.00 boleh dibuat melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Fi Proses dan Ejen Cukai). Resit pembayaran melalui perbankan internet ini hendaklah dilampirkan bersama permohonan;






ii. Surat pengesahan tempoh pengalaman dalam bidang percukaian oleh majikan berkenaan; dan






iii. Senarai Pelanggan sekurang-kurangnya 20 kes atau kes-kes yang dikendalikan bagi tempoh 1 tahun terkini.






iv.
Sijil-sijil kelayakan akademik dan professional hendaklah dimuat naik ke dalam sistem





c. Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga oleh LHDNM.

d. Pemohon yang gagal dalam temuduga pertama boleh membuat rayuan kepada MOF dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat penolakan untuk temuduga kedua oleh MOF dan LHDNM.

e. Pemohon yang rayuannya ditolak atau gagal dalam temuduga kedua, boleh memohon semula selepas enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan dengan mengemukakan permohonan baharu

B.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN EJEN CUKAI

1.

SYARAT PEMBAHARUAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:

a. Menghadiri Seminar Bajet Tahunan terkini anjuran LHDNM / CTIM / MATA; dan

b. Mempunyai 90 mata Continuing Professional Development (CPD)/Continuing Professional Education (CPE) dalam tempoh tiga (3) tahun terkini. Pengecualian separuh mata CPD/CPE bagi pembaharuan kelulusan ejen cukai diberi kepada ejen cukai yang berusia 60 tahun ke atas. Penentuan mata CPD/CPE adalah seperti di Lampiran B.

2.

PROSEDUR PERMOHONAN PEMBAHARUAN

a. Permohonan dibuat secara online melalui Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) http://smpc.treasury.gov.my.




b. Permohonan hendaklah disertakan dengan :


i. Wang proses sebanyak RM50.00 boleh dibuat melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Fi Proses dan Ejen Cukai). Resit pembayaran melalui perbankan internet ini hendaklah dilampirkan bersama permohonan; dan






ii. Senarai Pelanggan sekurang-kurangnya 30 kes atau kes-kes yang dikendalikan bagi tempoh 3 tahun terkini.





c. Permohonan hendaklah dikemukakan 4 bulan sebelum tarikh tamat kelulusan Ejen Cukai.

d. Kelewatan mengemukakan permohonan pembaharuan dalam masa yang ditetapkan akan mengakibatkan kelulusan berkenaan tidak dapat bersambung sehari selepas tarikh kelulusan tamat. Kelulusan yang telah tamat melebihi satu (1) tahun tidak layak diperbaharui dan pemohon perlu membuat permohonan baru.


   
   



Kemaskini(Updated) : 26 Jun,2012Dilawati / Hit(s) : 30,600
Pengunjung Online: 15    Canada Flag 1    MALAYSIA Flag 8    United States Flag 6   
Pengunjung: 46,482,395 Hari Ini : 1,038 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 939,541Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM