Utama » Pembayaran PCB
|
|
Kaedah bayaran PCB Oleh Majikan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menyediakan beberapa medium pembayaran bagi pihak majikan untuk melaksanakan Potongan Cukai Bulanan (PCB). Majikan boleh membayar melalui media elektronik sama ada dengan menggunakan katrij/cd atau menggunakan disket atau menggunakan perkhidmatan perbankan internet melalui laman web bank-bank ejen yang dilantik. Disamping itu, majikan juga boleh membayar secara manual dengan menggunakan borang CP39/CP39A.
Bayaran di kaunter bayaran LHDNM
Bayaran secara manual dan secara media elektronik bersama borang CP39 atau CP39A hanya boleh dibuat di kaunter bayaran Cawangan Pungutan KL, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja.
Penghantaran borang pengesahan penerimaan data PCB/CP38 melalui e-PCB atau e-Data PCB hanya boleh dibuat di kaunter bayaran media elektronik di tingkat 1 (Kiri), Cawangan Pungutan KL sahaja.
Perbezaan antara Borang CP39 dan CP39A adalah pada ruangan bulan dan tahun potongan. Borang CP39 adalah untuk potongan PCB bagi jenis saraan untuk tahun semasa dan borang CP39A adalah untuk jenis saraan tunggakan tahun sebelumnya.
Bayaran di bank menggunakan Disket
PCB boleh dibayar di kaunter bank CIMB Bank dan Public Bank Berhad (PBB) di seluruh Malaysia. Data CP39 yang dihantar hendaklah memenuhi spesifikasi Format Data CP39 yang ditetapkan oleh LHDNM. Data CP39 ini hendaklah disimpan di dalam disket sahaja bagi tujuan pembayaran.
Majikan yang pertama kali menggunakan disket, digalakkan menghantar sampel Format Data CP39 di dalam disket serta contoh senarai potongan PCB (hardcopy) untuk diuji. Sekiranya berjaya, surat kelulusan akan dikeluarkan dan jika gagal surat gagal dan laporan akan dikeluarkan.
Antara kelebihan bayaran menggunakan disket di kaunter bank adalah majikan tidak perlu menghantar bayaran, laporan dan disket ke Cawangan Pungutan KL dan ianya memudahkan majikan membuat bayaran dan menghantar bayaran dalam masa yang ditetapkan.
Cara-cara bagi membuat pembayaran PCB di kaunter bank adalah:-
Bayaran PCB Melalui Internet
LHDNM menyediakan kemudahan pembayaran PCB melalui saluran elektronik melalui laman web bank-bank ejen yang dilantik seperti berikut:
Sementara itu, bagi pengguna e-PCB dan e-Data PCB yang ingin buat bayaran melalui internet, majikan hanya boleh membayar melalui medium FPX (Bank yang menjadi Ahli FPX) melalui sistem e-PCB dan e-Data PCB bagi bank-bank seperti berikut:
Penalti Lewat Meremitkan PCB
Majikan yang gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 10hb pada bulan yang berikutnya boleh dikenakan denda. Denda minima RM200 dan tidak lebih RM2,000 atau 6 bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Bagi majikan yang tidak memotong bayaran PCB atau memotong tetapi tidak meremitkan PCB kepada LHDNM boleh dikenakan hukuman pendakwaan di mahkamah (sivil). Dengan itu, jumlah PCB yang tidak dipotong akan menjadi hutang kepada kerajaan.
Memohon Surat Akuan Terima Bayaran
Majikan yang telah membuat bayaran PCB di kaunter bayaran LHDNM tetapi telah kehilangan resit asal boleh memohon untuk mendapatkan surat akuan terima bayaran daripada kaunter bayaran LHDNM di Jalan Duta, Kota Kinabalu dan Kuching.
Kemaskini(Updated) : 08 Mei,2012Dilawati / Hit(s) : 109,564|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
2
8
11