Utama » Pengiraan PCB
|
|
Pengiraan PCB tahun 2008 dan sebelum
Bagi saraan tambahan yang diterima pada tahun 2008 atau sebelum, pengiraan PCB hendaklah menggunakan Formula Bonus 2004 dan Jadual Potongan Cukai Bulanan pada tahun berkenaan seperti berikut:
Saraan bersih adalah jumlah saraan ditolak caruman wajib pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mana-mana tabung pencen yang diluluskan.
Senario 1: Saraan tambahan 2008 dibayar dalam tahun 2008.
Pekerja menerima bayaran bonus dan fi/yuran pengarah untuk
2008 dan dibayar dalam tahun 2008, pengiraan PCB bagi Langkah
(A) di dalam Formula Bonus hendaklah berdasarkan saraan bulan
semasa bagi tahun berkenaan dengan menggunakan Jadual PCB yang
terpakai bagi tahun itu.
Senario 2: Saraan tambahan 2007 dibayar dalam tahun 2008.
Pekerja menerima bayaran bonus dan fi/yuran pengarah untuk 2007 dan dibayar dalam tahun 2008, pengiraan PCB bagi Langkah (A) di dalam Formula Bonus hendaklah berdasarkan saraan bulan Disember bagi tahun berkenaan dengan menggunakan Jadual PCB yang terpakai bagi tahun itu.
- Gunakan Jadual PCB (PINDAAN 2004).
- Saraan bulan Disember 2007 diambil sebagai asas untuk pengiraan PCB bagi Langkah [A] Formula Bonus.
- Bayaran PCB bagi bulan semasa dan saraan tambahan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang berasingan.
- Borang CP39A untuk PCB saraan tambahan.
- Borang CP39 untuk PCB bulan semasa.
Pengiraan :
Kategori PCB mengikut jadual adalah : KATEGORI 3/KA2[A] Tentukan PCB ke atas saraan bersih bulanan (tidak termasuk saran tambahan)
Saraan bulanan
RM3,600.00
Tolak : KWSP
RM 396.00
Saraan bersih
RM3,204.00
PCB atas saraan RM3,204 = RM48.00 [Rujuk Jadual PCB (PINDAAN 2004)].
[B] Campur 1/12 daripada saraan tambahan bersih kepada jumlah saraan bersih bulan
Nilai manfaat
RM7,200.00
Tolak : KWSP*
RM 104.00
Saraan tambahan bersih
RM7,096.00
*Potongan KWSP dihadkan kepada RM500 sebulan.
[RM500 RM396.00 = RM104.00].(1/12 X RM7,096.00) + RM3,204.00 = RM3,795.00
[C] Tentukan PCB ke atas jumlah [B]
PCB atas RM3,795.00 = RM102.00
[D] Tentukan PCB bagi saraan tambahan
(RM102.00 RM48.00) X 12 = RM648.00
[E] Amaun cukai yang perlu dipotong pada bulan saraan tambahan dibayar adalah, langkah [A] + [D]
RM48.00 + RM648.00 = RM696.00
PCB untuk Jun adalah RM696.00 dan perlu dibayar guna Borang CP39 sahaja.
Contoh 2 : Saraan tambahan tahun 2007 dibayar dalam tahun 2008.
Rujuk kepada Contoh 1, pada Julai 2008, beliau menerima tunggakan gaji tahun 2007 sebanyak RM1,200 dan KWSP RM132.00. Kira PCB tunggakan gaji yang perlu dipotong daripada saraan En. Ali.
Kategori PCB : KATEGORI 3/KA2
[A] Tentukan PCB ke atas saraan bersih bulanan (tidak termasuk saran tambahan)
Saraan bulanan Disember 2007
RM3,600.00
Tolak : KWSP
RM 396.00
Saraan bersih
RM3,204.00
PCB atas saraan RM3,204 = RM48.00 [Rujuk Jadual PCB (PINDAAN 2004)].
[B] Campur 1/12 daripada saraan tambahan bersih kepada jumlah saraan bersih bulan
Nilai manfaat RM1,200.00
Tolak : KWSP*
RM 104.00
Saraan tambahan bersih
RM1,096.00
*Potongan KWSP dihadkan kepada RM500 sebulan.
[RM500 RM396.00 = RM104.00].
(1/12 X RM1,096.00) + RM3,204.00 = RM3,295.00
[C] Tentukan PCB ke atas jumlah [B]
PCB atas RM3,295.00 = RM50.00
[D] Tentukan PCB bagi saraan tambahan
(RM50.00 RM48.00) X 12 = RM24.00
[E] Jumlah potongan PCB untuk tunggakan gaji yang perlu dibayar
= RM24.00 (Guna Borang CP39A)
Pengiraan PCB mulai tahun 2009 dan seterusnya
Saraan
Saraan ertinya pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan selain manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta dengan syarat bahawa dalam kes sesuatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dibuat oleh pekerja di bawah kaedah 2A, perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan hendaklah termasuk manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta.
Saraan biasa ertinya saraan bulanan tetap yang dibayar kepada pekerja sama ada amaun tetap ataupun berubah-ubah sebagaimana yang dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan secara bertulis ataupun tidak.
Saraan tambahan ertinya apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekaligus atau berkala atau tertunggak atau bayaran yang tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa. Saraan tambahan itu termasuk:
Jenis Saraan Tertakluk kepada PCB
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nota: Mulai tahun taksiran 2009, fi pengarah atau bonus bagi sesuatu tahun yang diterima dalam mana-mana tahun semasa, saraan tersebut menjadi sebahagian daripada saraan dalam tahun semasa ia diterima.
Jenis Saraan Tidak Tertakluk kepada PCB
MBB dan NTK merupakan sebahagian daripada saraan yang tidak tertakluk kepada PCB. Namun demikian, pekerja boleh membuat pemilihan yang tidak boleh dibatalkan bagi memasukkan MBB dan NTK sebagai sebahagian daripada saraan yang tertakluk kepada PCB dengan mengisi borang yang ditetapkan dan mengemukakannya kepada majikan. Jika majikan bersetuju, MBB dan NTK adalah tertakluk kepada PCB.
MBB adalah manfaat berupa barangan yang tidak boleh ditukarkan kepada wang. Manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(b) Akta.
NTK merupakan tempat kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Nilai manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(c) Akta.
Potongan Rebat Zakat
Contoh 1 : PCB bagi Januari 2010
|
RM |
||
|
PCB dikenakan mengikut jadual |
105.00 |
|
|
Zakat yang dibayar |
55.00 |
|
|
PCB perlu dipotong dan diremit |
50.00 |
(105.00 55.00) |
Contoh 2 : PCB bagi Februari 2010
|
RM |
||
|
PCB dikenakan mengikut jadual |
110.00 |
|
|
Zakat yang dibayar |
140.00 |
|
|
PCB perlu dipotong dan diremit |
Tiada |
(110.00 - 140.00) |
Lebihan zakat RM30.00 di atas boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak daripada PCB bagi bulan berikutnya. Walaubagaimnapun, sila ambil perhatian bahawa pelarasan sedemikian hanya boleh dibuat dalam tahun yang sama sahaja. Ini bermaksud, zakat yang dibayar dalam tahun 2010 hanya boleh ditolak dengan PCB yang patut dipotong dalam tahun 2010 sahaja.
Jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja hanya boleh membuat pelarasan PCB dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.
Sekiranya seseorang pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa agama Islam, majikan yang menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer hanya perlu input amaun tersebut dalam sistem untuk mendapatkan PCB yang perlu dibayar secara automatik.
Walau bagaimanapun, jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja boleh membuat pelarasan PCB dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.
Terdapat dua kaedah pengiraan formula saraan tambahan iaitu:
Langkah 1 - Tentukan PCB ke atas saraan biasa bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB saraan tambahan yang telah dibayar.
[A] Tentukan kategori pekerja.
[B] Tentukan saraan biasa bersih = Saraan biasa kasar tolak (-) KWSP atau Kumpulan Wang Lain Yang Diluluskan (terhad kepada RM500.00 sebulan atau RM6,000 setahun).
[C] Tentukan PCB bulan semasa bagi saraan biasa bersih dalam Langkah 1 [B].
PCB bulan semasa = RMXXX (rujuk Jadual Potongan Cukai Bulanan)
PCB bersih = PCB bulan semasa zakat dan fi/levi bulan semasa.[D] Jumlah PCB setahun = PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]
= X + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x (n + 1)]Langkah 2 - Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB untuk saraan tambahan yang telah dibayar.
[A] Tentukan kategori pekerja.
[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];
P = [( Y K ) x 12] + [Σ(Yt1 Kt1)] + (Yt Kt) ( D + S + 1000C)
Langkah 3 Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan kepada nilai P dalam Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1.Jumlah cukai setahun = (P M) x R + B
| Jadual 1 | ||||
|---|---|---|---|---|
P (RM) |
M (RM) |
R (%) |
B Kategori 1 & 3 (RM) |
B Kategori 2 (RM) |
| 2,500 5,000 | 2,500 | 1 | 400 | 800 |
| 5,001 20,000 | 5,000 | 3 | 375 | 775 |
| 20,001 - 35,000 | 20,000 | 7 | 75 | 325 |
| 35,001 - 50,000 | 35,000 | 12 | 1,525 | 1,525 |
| 50,001 - 70,000 | 50,000 | 19 | 3,325 | 3,325 |
| 70,001 - 100,000 | 70,000 | 24 | 7,125 | 7,125 |
| Melebihi 100,000 | 100,000 | 26 | 14,325 | 14,325 |
Langkah 4 - Tentukan PCB bagi saraan tambahan semasa iaitu jumlah cukai (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]) dan zakat yang telah dibayar.
PCB saraan tambahan = Langkah 3 [Langkah 1[D] + zakat yang telah dibayar]
Langkah 5 - PCB bulan semasa yang perlu dibayar.
= PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa
= Langkah 1[C] + Langkah 4
Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah terpakai dalam mana-mana keadaan berikut:
Majikan yang menggunakan sistem pembayaran gaji berkomputer yang disediakan oleh pembekal perisian atau dibangun/diubahsuai oleh majikan mengikut spesifikasi yang ditentukan dan disemak oleh LHDNM.
Majikan yang menggunakan sistem/aplikasi yang dibangunkan oleh LHDNM yang boleh diperolehi di laman web LHDNM Kakulator PCB dan e-PCB.Sekiranya majikan menggunakan sistem yang disediakan seperti di atas, majikan hanya perlu masukkan maklumat yang berkaitan ke dalam sistem untuk mendapatkan hasil pengiraan PCB.
Formula saraan tambahan yang digunakan untuk Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah seperti berikut;
Langkah 1 - Tentukan PCB ke atas saraan bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa).
[A] Tentukan kategori pekerja.
[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];
P = [Σ(Y K*)+(Y1 K1*)+[(Y2 K2*) x n]+ (Yt Kt*)] [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]
iaitu (Yt Kt) = 0
[C] Tentukan PCB bulanan bagi saraan biasa bersih. Setelah nilai P pada langkah [B] ditentukan, nilai M, R dan B ditentukan berdasarkan Jadual 1 di atas.
PCB bulan semasa = [ (P M) x R + B ] (Z+ X )
n + 1PCB bersih = PCB bulan semasa zakat dan fi/levi bulan semasa
[D] Tentukan jumlah PCB setahun
Jumlah PCB setahun = Jumlah PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]
= X + [(PCB bulan semasa pada Langkah [C]) x (n + 1)]
Langkah 2 - Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan saraan tambahan yang telah dibayar.
[A] Tentukan kategori pekerja.
[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];
P = [Σ(Y K*)+(Y1 K1*)+[(Y2 K2*) x n]+ (Yt Kt*)] [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]
Langkah 3 - Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan nilai P pada Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1 di atas.
Jumlah cukai setahun = (P M) x R + B
Langkah 4 - Tentukan PCB untuk bulan semasa bagi saraan tambahan iaitu jumlah cukai setahun (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]), zakat dan fi/levi yang telah dibayar.
PCB saraan tambahan = Langkah 3 [Langkah 1[D] + zakat dan fi/levi yang telah dibayar]
Langkah 5 PCB bulan semasa yang perlu dibayar.
= PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa
= Langkah 1[C]+ Langkah 4
Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus dan fi/yuran pengarah menjadi sebahagian daripada pendapatan kasar dalam tahun asas ia diterima dan ditaksir dalam tahun asas ia diterima. Bayaran PCB untuk saraan tambahan bonus, yuran pengarah dan saraan bulan semasa hendaklah disatukan dan tidak perlu diasingkan. Gunakan Borang_CP39 untuk membuat bayaran.
Walau bagaimanapun, jika saraan tambahan untuk tunggakan selain bonus dan fi/yuran pengarah yang dibayar dalam tahun semasa adalah untuk tahun sebelum, pengiraan PCB bagi tunggakan tersebut dikehendaki berdasarkan pengiraan bagi tahun berkenaan dengan menggunakan formula bagi tahun itu.
Senario 1:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2008 dibayar dalam tahun 2009.
- Gunakan Jadual PCB (PINDAAN 2004).
- Saraan bulan Disember 2008 diambil sebagai asas untuk pengiraan PCB bagi Langkah [A] Formula Bonus.
- Bayaran PCB bagi bulan semasa dan saraan tambahan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang berasingan.
- Borang CP39A untuk PCB saraan tambahan.
- Borang CP39 untuk PCB bulan semasa.
Senario 2:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2009 dibayar dalam tahun 2010.
En. Abu mendapat tunggakan gaji untuk tahun 2008 sebanyak RM1,200 (potongan KWSP : RM132.00). Gaji En. Abu pada Disember 2008 adalah RM3,600 (potongan KWSP : RM396.00). Saraan bulanan Januari 2010 adalah RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Pada bulan Januari juga, syarikat beliau telah memberi bonus sebanyak RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Kira PCB Januari yang perlu dibayar oleh En. Abu.
- PCB untuk tunggakan gaji tahun 2008 (RM1,200)
Pengiraan :Kategori PCB mengikut jadual adalah : KATEGORI 3/KA2
[A] Tentukan PCB ke atas saraan bersih bulanan (tidak termasuk saran tambahan)
Saraan bulanan RM3,600.00
Tolak : KWSP
RM 396.00
Saraan bersih
RM3,204.00
PCB atas saraan RM3,204 = RM48.00 [Rujuk Jadual PCB (PINDAAN 2004)].
[B] Campur 1/12 daripada saraan tambahan bersih kepada jumlah saraan bersih bulan
Nilai manfaat RM1,200.00
Tolak : KWSP*
RM 104.00
Saraan tambahan bersih
RM1,096.00
*Potongan KWSP dihadkan kepada RM500 sebulan.
[RM500 RM396.00 = RM104.00].(1/12 X RM1,096.00) + RM3,204.00 = RM3,295.00
[C] Tentukan PCB ke atas jumlah [B]
PCB atas RM3,295.00 = RM50.00[D] Tentukan PCB bagi saraan tambahan
(RM50.00 RM48.00) X 12 = RM24.00[E] Amaun cukai yang perlu dipotong bagi saraan tambahan tunggakan gaji pada bulan saraan tambahan dibayar adalah,
= RM24.00 (Guna Borang CP 39A)
- PCB untuk bayaran bonus pada tahun 2010. [Sek 25(A), ACP 1967, Akta 693]
Sila klik di sini untuk melihat contoh pengiraan dalam Kalkulator PCB.
*PCB untuk bulan Januari RM 286.55 perlu dibayar menggunakan format Borang CP39.
PCB untuk Bayaran Ganjaran
Ganjaran bagi kes seperti yang berikut adalah dikecualikan daripada cukai sepenuhnya dan tidak tertakluk kepada pengiraan PCB.
Jumlah yang diterima dengan cara ganjaran atas persaraan daripada suatu penggajian-
- jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan disebabkan oleh keuzuran;
- jika persaraan berlaku pada atau selepas mencapai umur 55 tahun, atau pada mencapai umur wajib bersara daripada penggajian yang dinyatakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan dalam salah satu kes daripada suatu penggajian yang berlanjutan selama sepuluh (10) tahun dengan majikan atau kumpulan syarikat yang sama; atau
- jika persaraan berlaku apabila mencapai umur wajib bersara mengikut suatu kontrak penggajian atau perjanjian bersama pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan penggajian itu telah berlanjutan selama sepuluh (10) tahun dengan majikan atau kumpulan syarikat yang sama.
Jika pekerja tidak layak mendapat apa-apa pengecualian ganjaran seperti di atas, PCB atas semua ganjaran tersebut perlu dikira dengan menggunakan Formula Saraan Tambahan.
Contoh :
Tentukan tempoh penggajian:
Tempoh penggajian: 1 Januari 2002 31 Oktober 2010 ( 9 tahun 10 bulan).
Oleh itu, ganjaran adalah boleh dikenakan cukai disebabkan tempoh penggajian kurang daripada sepuluh (10) tahun.
Pampasan untuk Kehilangan Penggajian
Pampasan adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam hal keadaan yang berikut:
Pampasan bagi maksud perenggan ini termasuklah pemberhentian di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Persetujuan Bersama.
Baki pampasan setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.
Contoh :
Penentuan amaun pampasan yang tertakluk kepada cukai.
[A] Tentukan bilangan tahun genap perkhidmatan.
1/5/2004 - 30/4/2005: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2005 - 30/4/2006: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2006 - 30/4/2007: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2007 - 30/4/2008: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2008 - 30/4/2009: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2009 - 25/3/2010: kurang dari satu tahun genap perkhidmatan.Pekerja telah berkhidmat untuk 5 tahun genap perkhidmatan.
[B] Pengecualian cukai ke atas pampasan hendaklah:RM10,000.00 x 5 tahun genap perkhidmatan = RM50,000.00
Bayaran pampasan RM75,000.00
Tolak: Amaun yang dikecualikan RM50,000.00
Baki pampasan yang tertakluk PCB RM25,000.00Baki pampasan berjumlah RM25,000.00 setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.
PCB untuk Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)
Amaun manfaat saham dikira seperti yang berikut:
Nilai pasaran saham pada tarikh opsyen boleh dilaksana |
xx |
Nilai pasaran pada tarikh opsyen dilaksanakan |
xx |
Harga yang dibayar untuk saham (jika terpakai) |
xx |
Perkusit di bawah perenggan 13(1)(a) Akta |
xx |
Contoh :
Tarikh opsyen ditawarkan : 1 Disember 2007
Tarikh opsyen boleh dilaksana : 1 Mac 2008 - 28 Februari 2018
Tarikh opsyen dilaksanakan : 2 Mei 2010
Nilai pasaran sesaham pada tarikh opsyen
boleh dilaksana (1 Mac 2008) : RM3.80
Nilai pasaran sesaham pada tarikh opsyen dilaksanakan (2 Mei 2010) : RM4.00
Tolak:
Harga sesaham yang ditawarkan pada
1 Disember 2007 : RM1.50
Oleh itu, nilai perkuisit : RM2.30 (RM3.80 RM1.50)
Jika pekerja ditawarkan dan melaksanakan 10,000 unit saham dalam tahun 2010, nilai perkuisit ialah:
10,000 unit saham x RM2.30 = RM23,000.00
Jika opsyen saham yang dilaksanakan oleh pekerja diterima dalam bentuk wang tunai dan bukan saham, cukai akan dikenakan apabila opsyen tersebut dilaksanakan.
Majikan mesti memastikan supaya PCB bagi perkuisit di atas dikira berdasarkan kepada Formula Saraan Tambahan dalam bulan perkuisit itu diterima.PCB untuk Bayaran Komisen
Pengiraan PCB
untuk semua bentuk penerimaan komisen mesti ditentukan menggunakan
formula PCB saraan tambahan, tidak kira penerimaan komisen sama ada
secara tetap/diterima setiap bulan (nilai komisen tidak semestinya sama
pada setiap bulan).
PCB untuk Pekerja Yang Bertugas di Cawangan Syarikat di Luar
Negara
Pekerja yang dihantar oleh syarikat Malaysia
untuk bekerja di luar negara akan tertakluk kepada cukai di Malaysia
sekiranya :
Sekiranya pekerja terbabit memenuhi ketiga-tiga syarat di atas, maka saraan masih tertakluk kepada cukai di Malaysia. Majikan perlu membuat Potongan Cukai Bulanan setiap bulan untuk pekerja terbabit.
Semakan Perjanjian Pengelakkan Cukai Dua Kali juga boleh dibuat bagi menentukan samada pekerja adalah tertakluk kepada cukai di Malaysia ataupun tidak. Jika tidak tertakluk kepada cukai di Malaysia, tiada potongan PCB perlu dibuat oleh majikan.
Pengiraan PCB bagi Saraan Yuran Pengarah dan Bonus
Mulai tahun taksiran 2009, selaras dengan penambahan Seksyen 25(A), ACP 1967, yuran pengarah atau bonus bagi sesuatu tahun yang diterima dalam mana-mana tahun semasa, saraan tersebut akan menjadi sebahagian daripada saraan dalam tahun semasa ia diterima.
Kemaskini(Updated) : 21 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 234,364
1
25
8