Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Potongan Cukai Bulanan (PCB)
print text arrowdown Menu

JADUAL POTONGAN CUKAI BULANAN (bagi kegunaan majikan yang tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer "payroll system")

SENARAI PEMBEKAL PERISIAN/MAJIKAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI PENGIRAAN PCB:

PCB 2014:

PCB 2013:

Tanggungjawab Majikan

Tanggungjawab majikan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan)1994(Kaedah PCB) adalah seperti yang berikut:

  1. Memotong PCB daripada saraan setiap pekerja pada setiap bulan atau bulan yang berkaitan mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer dan membayar kepada Ketua Pengarah.

  2. Membuat potongan tambahan daripada saraan pekerja mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Kaedah 4 Kaedah PCB.

  3. Majikan hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, tidak lewat daripada hari kesepuluh tiap-tiap bulan kalendar, jumlah amaun cukai yang dipotong atau yang sepatutnya dipotong olehnya daripada saraan pekerja pada bulan kalendar sebelumnya.

  4. Mengemukakan suatu penyata maklumat pekerja yang lengkap dan tepat seperti berikut semasa mengemukakan bayaran PCB/potongan tambahan:

    1. nombor cukai pendapatan (jika ada);
    2. nama seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan atau pasport;
    3. nombor kad pengenalan baru dan lama/nombor polis/nombor tentera atau nombor pasport (bagi pekerja asing); dan
    4. amaun PCB/potongan tambahan.

Jika majikan gagal mengemukakan maklumat yang lengkap dan tepat, bayaran PCB tersebut tidak akan diterima oleh LHDNM. Pengemukaan semula bayaran PCB boleh dikenakan kompaun sekiranya bayaran dibuat selepas hari kesepuluh bulan berikutnya.

  1. Mengemukakan maklumat mengenai pemberhentian pembayaran saraan pekerja seperti yang dikehendaki di bawah Kaedah 13, Kaedah PCB dalam borang yang ditetapkan.

  2. Menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat dokumen yang mencukupi bagi tempoh tujuh tahun dari akhir tahun kalendar dalam mana saraan itu dipotong berkenaan pekerjanya menurut Kaedah PCB.

  3. Memaklumkan kepada setiap pekerjanya tentang tanggungjawab berikut:

    1. untuk mengemukakan Borang TP3 kepada majikan bagi memaklumkan maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun semasa.
    2. untuk mengemukakan Borang TP1 kepada majikan jika pekerja ingin menuntut potongan dan rebat bagi bulan berkenaan. Pelaksanaan potongan dan rebat tersebut tertakluk kepada persetujuan majikan.
    3. untuk mengemukakan Borang TP2 jika pekerja ingin memasukkan nilai manfaat berupa barangan (MBB) dan nilai tempat kediaman (NTK) sebagai sebahagian daripada saraan bulanan dalam menentukan amaun PCB tertakluk kepada persetujuan majikan.
    4. untuk menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat setiap resit berkenaan dengan tuntutan potongan bagi tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran tersebut di bawah Akta.
    5. untuk mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan betul dan mengemaskini maklumat kepada majikan setiap kali terdapat perubahan.
    6. untuk mengemukakan maklumat yang betul dalam borang yang ditetapkan berrhubung dengan cukai yang boleh dikenakan ke atasnya dan kegagalan pekerja berbuat demikian merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 113(1)(b) Akta.

  4. Menurut seksyen 75A Akta, pengarah syarikat terkawal adalah bertanggungjawab atas PCB yang tidak dibayar mengikut Kaedah PCB.

Jadual PCB

Jadual Potongan Cukai Bulanan disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi majikan yang membayar gaji secara manual (tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer – ‘Payroll System’).

Kategori Pekerja

Jadual Potongan Cukai Bulanan dan Kaedah Pengiraan Berkomputer mengklasifikasikan pekerja kepada 3 kategori:

Kategori 1: Bujang.
Kategori 2: Berkahwin dan pasangan tidak bekerja.
Kategori 3: Berkahwin dan pasangan bekerja.

Kategori 3 Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah terpakai jika seseorang pekerja yang telah bercerai, kematian suami atau isteri atau bujang (dengan anak angkat).

Jika isteri memilih untuk menuntut keseluruhan potongan anak, PCB akan ditentukan mengikut Kategori 3 (KA1 – KA20) manakala PCB suami ditentukan mengikut Kategori 3 (K).

Jika suami dan isteri memilih untuk menuntut potongan anak tertentu, PCB suami dan isteri akan ditentukan mengikut Kategori 3 (KA1 – KA20).

Contoh:

Pasangan suami dan isteri yang bekerja mempunyai 5 orang anak. Suami menuntut potongan bagi 3 orang anak dan isteri menuntut potongan bagi 2 orang anak. PCB ditentukan seperti berikut:

Suami - Kategori 3 (KA3)
Isteri - Kategori 3 (KA2)

PCB ditentukan mengikut Kategori 3 (KA1 – KA20) untuk pekerja bujang dengan anak angkat.

Potongan KWSP Untuk Saraan Bulanan

Sebelum menentukan PCB yang dikenakan, majikan perlu mengetahui 3 perkara utama berkenaan pekerja mereka. Perkara tersebut adalah :

  • Jumlah saraan bulanan
  • Status perkahwinan
  • Bilangan anak
  1. Kaedah Pengiraan PCB sekiranya menggunakan Jadual Potongan Cukai Bulanan.

Majikan yang membuat pengiraan PCB dengan menggunakan jadual dikehendaki mengambil kira semua jenis saraan kasar yang kena cukai ditolak dengan KWSP (termasuk KWSP untuk saraan/elaun yang dikecualikan cukai) terhad kepada RM500 dan rujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan.

Contoh 1

Seorang pekerja menerima saraan bulanan berjumlah RM10,000. Potongan KWSP adalah RM1,100. Oleh yang demikian, saraan bersih yang diterima untuk dirujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan adalah RM9,500 (potongan KWSP dihadkan sehingga RM500 sahaja).

Contoh 2

Seorang pekerja menerima saraan bulan sebanyak RM4,000 (potongan KWSP : RM440). Oleh yang demikian, saraan bersih yang diterima adalah RM3,560 untuk dirujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan.

Contoh 3

Seorang pekerja telah berkahwin dan isteri tidak bekerja. Beliau tidak mempunyai anak. Saraan bulan yang diterima adalah RM25,000 (potongan KWSP : RM2,750). Oleh yang demikian, saraan bersih yang diterima adalah RM24,500 untuk dirujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan (potongan KWSP dihadkan sehingga RM500 sahaja)

  1. Pengiraan PCB yang menggunakan Kaedah Pengiraan Komputer

Majikan yang membuat pengiraan PCB untuk majikan yang menggunakan Kaedah Pengiraan Komputer seperti Kalkulator PCB, e-PCB , sistem pembayaran gaji berkomputer ‘Payroll System’ atau sistem yang dibangunkan sendiri yang telah mendapat kelulusan daripada LHDNM dikehendaki mengambil kira semua jenis saraan kasar yang kena cukai sahaja ditolak dengan jumlah caruman KWSP (termasuk KWSP untuk saraan/elaun yang dikecualikan cukai) yang layak dituntut pada bulan tersebut dan jumlah yang layak dituntut adalah terhad kepada RM6,000.

Contoh 4

Seorang pekerja menerima saraan bulanan berjumlah RM11,000. Potongan KWSP adalah RM1,210. Saraan bersih. di bawah kaedah pengiraan berkomputer adalah RM9,790.00 (RM11,000 – RM1,210), di mana saraan kasar yang perlu diambil kira adalah RM11,000 dan RM1,210 adalah untuk tuntutan KWSP.

Pada bulan Mei, KWSP semasa yang layak dituntut hanya RM1,160 [RM6000 – (RM1,210 x 4 bulan)] disebabkan nilai terkumpul bagi bulan Mei adalah RM4,840 (RM1,210 x 4 bulan). Di bawah kaedah pengiraan berkomputer, sistem secara automatik akan menghadkan tuntutan pelepasan KWSP dan insuran nyawa kepada RM6,000.

Pengguna tidak dibenarkan untuk tuntut melebihi had yang dibenarkan. Pada Jun dan bulan seterusnya, tiada KWSP semasa lagi yang layak dituntut kerana tuntutan KWSP terkumpul sebanyak RM6,000 telah dituntut sepenuhnya.

Contoh 5

Seorang pekerja menerima saraan bulan sebanyak RM4,000 (potongan KWSP : RM440). Oleh yang demikian, saraan kasar yang perlu diambil kira adalah RM 4,000 dan tuntutan KWSP adalah RM440 untuk tiap-tiap bulan.

Pengisian Borang PCB (CP39/CP39A)

Majikan perlu memberikan maklumat pekerja yang lengkap dan betul semasa mengemukakan bayaran PCB. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Nombor rujukan fail cukai pendapatan pekerja (jika ada);
  2. Nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau pasport;
  3. Nombor kad pengenalan baru dan lama/Nombor Polis/ Nombor Tentera;
  4. Nombor pasport dan kod Negara seperti dalam pasport (bagi pekerja asing); dan
  5. Amaun PCB

Sekiranya pihak majikan gagal memberikan maklumat yang lengkap dan betul, bayaran PCB tersebut tidak akan diterima oleh LHDNM. Pengemukaan semula bayaran PCB boleh dikenakan kompaun sekiranya bayaran dibuat selepas daripada tarikh yang ditetapkan.

Sila pastikan tuan menggunakan borang yang betul untuk setiap potongan PCB.

  1. Borang CP39 adalah digunakan untuk PCB biasa, bonus/yuran pengarah yang dibayar pada bulan semasa dan/atau Arahan CP38.
  2. Borang CP39A digunakan untuk bayaran tunggakan bagi gaji/elaun dan bayaran lain yang berkait dengan pendapatan tahun kebelakangan (kecuali bonus dan yuran pengarah).
Gunakan Borang CP39 yang berasingan sekiranya bayaran dibuat untuk bulan yang berbeza.
  1. Potongan Bagi Bulan/Tahun

Isikan Bulan dan Tahun dengan angka sahaja.

Contoh : Potongan bagi September, 2010, perlu diisi sebagai :

Ruangan bulan : 09

Ruangan tahun : 2010

  1. Butir-butir Majikan

    1. Nombor E : Isikan dengan 10 digit nombor cukai majikan.

    Contoh :

    E 908915-10 – diisi sebagai 0090891510

    E 3943914-03 – diisi sebagai 0394391403

    E 90001541-01 – diisi sebagai 9000151401

  1. Nama Syarikat/Perniagaan
    • Isikan nama penuh syarikat.

  2. Alamat Syarikat/Perniagaan
    • Isikan alamat penuh syarikat (termasuk poskod).

  3. Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Isikan nombor pendaftaran syarikat.
  1. Butir-butir Pembayaran

    1. Jumlah Potongan
      • Isikan jumlah keseluruhan potongan PCB yang telah dibuat dan jumlah potongan CP38 (jika ada).

    2. Bilangan Pekerja
      • Nyatakan bilangan pekerja yang terlibat dengan PCB di atas dan bilangan pekerja terlibat dengan potongan CP38 (jika ada).

    3. Amaun
      • Isikan nilai cek.

    4. Nombor
      • Merujuk kepada nombor cek.

    5. Cawangan Bank
      • Merujuk kepada cawangan bank yang mengeluarkan cek anda.

    1. Tarikh
      • Isikan tarikh cek dengan angka.
      • Contoh : 3 Oktober 2010 – diisi dengan 03.10.2010

  2. Pegawai yang Menyediakan Borang

    1. Tandatangan
      • Tandatangan pegawai yang menyediakan borang ini.

    2. Nama Penuh
      • Nama penuh pegawai yang menyediakan borang ini.

    3. Nombor Pengenalan
      • Nombor pengenalan pegawai yang menyediakan borang ini.

    4. Jawatan
      • Jawatan pegawai yang menyediakan borang ini.

    5. Nombor Telefon
      • Nombor telefon syarikat.
  1. Butiran Pekerja

    1. Bil
      • Isikan bilangan rekod mengikut turutan.

    2. Nombor Cukai Pendapatan
      • Jika pekerja tiada nombor cukai pendapatan, medan ini tidak perlu diisi. Majikan boleh mengemukakan Borang CP22 atau Borang “In Lieu of CP39” bersama Borang CP39 semasa membuat bayaran PCB.
      • Bagi pekerja yang mempunyai nombor cukai pendapatan, isikan nombor cukai pendapatan di ruangan ini.
      • Contoh : SG 1234567-08(0)

    3. Nama Penuh Pekerja
      • Isikan nama pekerja sebagaimana yang tertera pada Kad Pengenalan atau Pasport.
      • Jangan senaraikan nama pekerja yang tidak layak dikenakan potongan bagi bulan berkenaan.

    4. Nombor Kad Pengenalan Lama
      • Isikan nombor kad pengenalan lama bagi pekerja tempatan (jika ada).

    5. Nombor Kad Pengenalan Baru
      • Isikan nombor kad pengenalan baru bagi pekerja tempatan tanpa sengkang.

    6. Nombor Pekerja
      • Isikan nombor atau nombor gaji pekerja, jika ada.

    7. Nombor Pasport
      • Ruangan ini diisi untuk pekerja warga asing sahaja.
      • Isikan nombor pasport pekerja.

    8. Kod Negara
      • Untuk diisi sekiranya pekerja adalah warga asing.

    9. PCB
      • Isikan amaun cukai mengikut Jadual Potongan Cukai.

    10. CP38
      • Isikan amaun potongan cukai mengikut Borang CP38 (jika ada).
      • Jika tiada potongan dibuat, kosongkan ruangan ini.

Pengisian Borang CP39A

  1. Tunggakan Bagi Tahun Terdahulu (sebelum tahun semasa)

Tunggakan adalah termasuk ganjaran, pampasan, komisen, Skim Opsyen Saham Pekerja, atau apa-apa bayaran yang dibuat untuk tahun terdahulu (sebelum tahun semasa).

  1. Butir-butir Majikan

    1. Nombor E : Isikan dengan 10 digit nombor cukai majikan.

    Contoh :

    E 908915-10 – diisi sebagai 0090891510

    E 3943914-03 – diisi sebagai 0394391403

    E 90001541-01 – diisi sebagai 9000151401

  1. Nama Syarikat/Perniagaan
    • Isikan nama penuh syarikat.

  2. Alamat Syarikat/Perniagaan
    • Isikan alamat penuh syarikat (termasuk poskod).

  3. Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Isikan nombor pendaftaran syarikat.
  1. Butir-butir Pembayaran

    1. Jumlah Potongan
      • Isikan jumlah keseluruhan potongan PCB yang telah dibuat dan jumlah potongan CP38 (jika ada).

    2. Bilangan Pekerja
      • Nyatakan bilangan pekerja yang terlibat dengan PCB di atas dan bilangan pekerja terlibat dengan potongan CP38 (jika ada).

    3. Amaun
      • Isikan nilai cek.

    4. Nombor
      • Merujuk kepada nombor cek.

    5. Cawangan Bank
      • Merujuk kepada cawangan bank yang mengeluarkan cek anda.

    1. Tarikh
      • Isikan tarikh cek dengan angka.
      • Contoh : 3 Oktober 2010 – diisi dengan 03.10.2010

  2. Pegawai yang Menyediakan Borang

    1. Tandatangan
      • Tandatangan pegawai yang menyediakan borang ini.

    2. Nama Penuh
      • Nama penuh pegawai yang menyediakan borang ini.

    3. Nombor Pengenalan
      • Nombor pengenalan pegawai yang menyediakan borang ini.

    4. Jawatan
      • Jawatan pegawai yang menyediakan borang ini.

    5. Nombor Telefon
      • Nombor telefon syarikat.
  1. Butiran Pekerja
    1. Bil
      • Isikan bilangan rekod mengikut turutan.

    2. Nombor Cukai Pendapatan
      • Jika pekerja tiada nombor cukai pendapatan, medan ini tidak perlu diisi. Majikan boleh mengemukakan Borang CP22 atau Borang “In Lieu of CP39” bersama Borang CP39 semasa membuat bayaran PCB.
      • Bagi pekerja yang mempunyai nombor cukai pendapatan, isikan nombor cukai pendapatan di ruangan ini.
      • Contoh : SG 1234567-08(0)

    3. Nama Penuh Pekerja
      • Isikan nama pekerja sebagaimana yang tertera pada Kad Pengenalan atau Pasport.
      • Jangan senaraikan nama pekerja yang tidak layak dikenakan potongan bagi bulan berkenaan.

    4. Nombor Kad Pengenalan Lama
      • Isikan nombor kad pengenalan lama bagi pekerja tempatan (jika ada).

    5. Nombor Kad Pengenalan Baru
      • Isikan nombor kad pengenalan baru bagi pekerja tempatan tanpa sengkang.

    6. Nombor Pekerja
      • Isikan nombor atau nombor gaji pekerja, jika ada.

    7. Nombor Pasport
      • Ruangan ini diisi untuk pekerja warga asing sahaja.
      • Isikan nombor pasport pekerja.

    8. Kod Negara
      • Untuk diisi sekiranya pekerja adalah warga asing.

    9. PCB
      • Isikan amaun cukai mengikut Jadual Potongan Cukai.

    10. CP38
      • Isikan amaun potongan cukai mengikut Borang CP38 (jika ada).
      • Jika tiada potongan dibuat, kosongkan ruangan ini.

Borang In Lieu of CP39

Borang ini digunakan untuk mendaftar fail cukai pendapatan bagi individu yang menerima pendapatan penggajian. Pengisian borang perlu dilakukan oleh pekerja. Sila gunakan HURUF BESAR semasa mengisi borang ini.

Borang yang telah lengkap diisi dengan maklumat-maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Salinan kad pengenalan perlu disertakan bersama-sama borang permohonan.

Untuk mendapatkan penerangan cara pengisian borang, sila buat pilihan faksimili di menu seterusnya.

Garis Panduan Mengisi Borang In Lieu of CP 39

a. MAKLUMAT PEKERJA

1. NAMA MAJIKAN

  • Nyatakan nama penuh majikan anda.

2. NOMBOR RUJUKAN MAJIKAN

  • Nombor ‘E’ boleh didapati daripada majikan anda atau di dalam Borang EA/EC anda.

3. NAMA PEKERJA

  • Nama penuh anda seperti di dalam kad pengenalan atau pasport bagi warganegara asing.

4. NOMBOR GAJI/STAF

  • Nyatakan nombor gaji/staf anda, jika ada.

5. NOMBOR KAD PENGENALAN

  • LAMA – perlu diisi sekiranya anda mempunyai nombor kad pengenalan lama.
  • BARU – sila isikan nombor kad pengenalan baru anda.

6. NOMBOR POLIS

  • Nyatakan nombor polis jika berkaitan.

7. NOMBOR TENTERA

  • Nyatakan nombor tentera, jika berkaitan.

8. NOMBOR RUJUKAN CUKAI PENDAPATAN

  • Nyatakan nombor cukai pendapatan anda, jika ada.

9. TAHUN BILA PCB MULA DIBUAT

  • Nyatakan tahun di mana potongan PCB anda mula dibuat.

9. TARIKH MULA BEKERJA

  • Tarikh anda mula bekerja di Malaysia.

10. JANTINA

  • Tandakan ‘X’ samada lelaki atau perempuan di kotak berkenaan.

11. STATUS

  • Tandakan ‘X’ samada bujang, kahwin, janda/duda atau mati di kotak berkenaan.

12. TARIKH KAHWIN

  • Nyatakan tarikh kahwin (jika berkenaan).

13. ALAMAT SURAT MENYURAT

  • Isikan alamat surat menyurat anda.

14. NOMBOR PASPORT

  • Jika anda warganegara asing, sila nyatakan tarikh lahir dan nombor pasport anda dan sertakan salinan muka surat pertama pasport anda.
  • CONTOH:
Tarikh lahir :

1

4

0

2

7

5


No. Pasport :

R

1

2

3

4

5

6

7

b. MAKLUMAT ISTERI/SUAMI

1. NAMA ISTERI/SUAMI

  • Nyatakan nama penuh isteri atau suami anda seperti di dalam kad pengenalan.

2. NOMBOR KAD PENGENALAN

  • LAMA – perlu diisi sekiranya anda mempunyai nombor kad pengenalan lama.
  • BARU – sila isikan nombor kad pengenalan baru anda.

3. NOMBOR POLIS

  • Nyatakan nombor polis, jika berkaitan.

4. NOMBOR TENTERA

  • Nyatakan nombor tentera, jika berkaitan.

5. NOMBOR RUJUKAN CUKAI PENDAPATAN SUAMI

  • Jika anda seorang perempuan yang berkahwin, sila nyatakan nombor cukai pendapatan suami anda, jika ada.

6. NOMBOR PASPORT

  • Jika anda warganegara asing, sila nyatakan tarikh lahir dan nombor pasport anda dan sertakan salinan muka surat pertama pasport anda.

Kegagalan mematuhi Potongan Cukai Bulanan

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994. Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ratus ringgit dan tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :

  • Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 10hb. pada bulan berikutnya.
  • Gagal memotong atau kurang memotong PCB.
  • Gagal atau kurang meremitkan PCB dan potongan CP38 yang telah dipotong daripada saraan.
  • Gagal memberikan maklumat pekerja dengan lengkap dan betul.



Kemaskini(Updated) : 20 Mac,2014Dilawati / Hit(s) : 801,381
Pengunjung Online: 31    Switzerland Flag 1    Korea, Republic of Flag 1    MALAYSIA Flag 17    Netherlands Flag 1    Singapore Flag 2    United States Flag 9   
Pengunjung: 71,366,494 Hari Ini : 41,848 Pengunjung Bulan Ini (07/2014) : 1,124,641Pengunjung Bulan Lepas (06/2014) : 1,651,081
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM2