Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Kemaskini Maklumat Majikan
print text arrowdown Menu

Bilakah Kemaskini Perlu Dilakukan

Majikan dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat majikan. Di antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah :

  • Alamat surat menyurat / alamat premis perniagaan.
  • Nombor telefon untuk dihubungi.
  • Pertukaran nama perniagaan atau syarikat.
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan).

Bagaimana Melakukan Kemaskini

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Borang CP600B boleh dimuat turun melalui laman web rasmi LHDNM, sila cetak borang tersebut bagi membolehkan tuan mengisi secara manual. Majikan juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat yang menukar nama sila kemukakan salinan Borang 13 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke cawangan di mana-mana cawangan atau melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400.



Kemaskini(Updated) : 21 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 65,271
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 147    China Flag 1    Finland Flag 1    Mauritius Flag 1    Malaysia Flag 137    Singapore Flag 2    United States Flag 5   
Pengunjung: 47,201,829 Hari Ini : 34,327 Pengunjung Bulan Ini (06/2013) : 395,111Pengunjung Bulan Lepas (05/2013) : 1,230,575
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM