Utama » Info Majikan
|
|
Siapa Perlu Mendaftar Fail Cukai
Bagi perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan dengan LHDNM.
Cara Membuat Pendaftaran Fail
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat tuan atau ke mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan tuan berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat tuan. Permohonan pendaftaran fail juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-Daftar.
Dokumen Pendaftaran Bagi Peniaga Tunggal
Sila kemukakan borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai bersama dokumen-dokumen berikut ;
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.
Dokumen Pendaftaran Fail Majikan Bagi Syarikat
Bagi syarikat, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai;
Setiap dokumen hendaklah disahkan (asal) oleh Setiausaha syarikat yang bertauliah.
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.
Tindakan Selepas Mendaftar Fail
Selepas nombor rujukan majikan didaftarkan, majikan dikehendaki memastikan pengiraan PCB adalah seperti yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 (Kaedah PCB) seperti dalam Nota Penerangan yang diwartakan oleh LHDNM.
Majikan hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, tidak lewat daripada hari kesepuluh tiap-tiap bulan kalendar berikutnya selepas gaji pekerja di potong.
Majikan dikehendaki menyediakan Borang C.P.8A (EA) dan C.P.8C (EC) dan diserah kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir Februari setiap tahun bagi membolehkan mereka melengkapkan dan mengembalikan Borang Nyata masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta).
Majikan juga dikehendaki mengemukakan Borang Nyata Majikan (Borang E) tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun mengikut peruntukan subseksyen 83(1) Akta.
Kemaskini(Updated) : 31 Jul,2012Dilawati / Hit(s) : 139,339|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
17
5