Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Kemaskini Maklumat Syarikat
print text arrowdown Menu

Bilakah kemaskini perlu dilakukan?

Syarikat dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat syarikat. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah :

  1. Alamat surat menyurat / alamat premis perniagaan

  2. Nombor telefon untuk dihubungi

  3. Pertukaran nama syarikat

  4. Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunapakai Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut. Sila cetak borang tersebut bagi membolehkan anda mengisi secara manual. Majikan juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat yang menukar nama sila kemukakan salinan Borang 13.

Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke cawangan di mana fail anda berada atau melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 0342893400.

Membuat Semakan Butiran Syarikat

Semakan boleh dibuat melalui hadir ke cawangan yang berdekatan, atau menghubungi mana-mana cawangan LHDNM atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan. Sila nyatakan nombor rujukan syarikat bagi membolehkan semakan dibuat.

Semakan Butiran Syarikat Melalui Wakil

Semakan juga dibenarkan dibuat melalui wakil dalam keadaan di mana pengarah syarikat tidak dapat berbuat demikian. Surat kuasa membenarkan wakil anda membuat semakan adalah diperlukan bagi mengesahkan kebenaran yang telah diberikan. Semakan hanya boleh dibuat dengan cara wakil tersebut hadir sendiri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Semakan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Walaubagaimanapun, semakan dibuat oleh wakil cukai yang sah adalah dibenarkan dengan syarat maklumat berkaitan perlantikan wakil cukai telah dikemaskini di dalam sistem LHDNM.



Kemaskini(Updated) : 16 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 49,365
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 16    China Flag 2    Malaysia Flag 7    United States Flag 7   
Pengunjung: 46,472,425 Hari Ini : 985 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 929,624Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM