Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Pendaftaran Fail Cukai
print text arrowdown Menu

Siapa perlu mendaftar fail cukai?

Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.

Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Sekiranya syarikat masih belum memulakan operasi perniagaan, permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai tidak perlu dikemukakan.

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.

Bagi syarikat yang berada di sekitar Lembah Klang, permohonan perlu dikemukakan ke Jabatann Cukai Korporat, Tingkat 1 kanan, Blok 11 Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai dokumen-dokumen berikut ;

  1. Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Persatuan dan Sijil Pemerbadanan (Memorandum and Articles of Association) yang disahkan

  2. Dua (2) salinan Borang 9 – Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian yang disahkan

  3. Dua (2) salinan Borang 13 – pertukaran nama syarikat (jika ada) yang disahkan

  4. Dua (2) salinan Borang 49 – nama dan alamat pengarah-pengarah sekarang yang disahkan

  5. Dua (2) salinan Borang 24 – senarai pemegang saham yang disahkan

Setiap dokumen hendaklah disahkan (asal) oleh Setiausaha syarikat yang bertauliah.

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mendapatkan Borang Anggaran Cukai (CP204) dan mengemukakannya ke Pusat Pemprosesan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.

Syarikat juga dikehendaki mengemukakan Borang C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.

Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperoleh di kaunter Jabatan Cukai Korporat atau di Pusat Pemprosesan Pandan Indah atau dari laman web ini.

 



Kemaskini(Updated) : 23 Mac,2010Dilawati / Hit(s) : 29,573
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 39    Brazil Flag 1    China Flag 2    Malaysia Flag 20    Poland Flag 1    Romania Flag 1    United States Flag 14   
Pengunjung: 47,216,452 Hari Ini : 647 Pengunjung Bulan Ini (06/2013) : 443,414Pengunjung Bulan Lepas (05/2013) : 1,230,575
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM