Utama » Kemaskini Maklumat
|
|
Kemaskini Maklumat
Bilakah kemaskini perlu dilakukan?
Anda dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
Alamat surat menyurat/alamat kediaman
Nombor telefon untuk dihubungi
Taraf perkahwinan
Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)
Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?
Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut.
Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400; atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.
Kemaskini(Updated) : 21 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 481,131|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
1
1
2
101
2
12