Utama » Elaun Modal
|
|
Dalam menentukan pendapatan larasan sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh asas, tiada potongan diberi untuk perbelanjaan modal atau susut nilai bagi aset yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan tersebut. Walau bagaimanapun, Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan potongan berupa elaun untuk perbelanjaan modal tertentu yang telah dilakukan.
Elaun modal hanya diberi kepada perniagaan. Hanya orang yang melakukan perbelanjaan pemerolehan aset yang digunakan di dalam perniagaan beliau sahaja yang layak menuntut elaun modal tersebut. Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain-lain lagi.
Jumlah elaun modal hendaklah diisikan dalam ruangan berkaitan yang terdapat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Jenis Dan Kadar Elaun Modal
|
Jenis Aset |
Elaun Permulaan (%) |
Elaun Tahunan (%) |
| Jentera Berat / Kenderaan Bermotor | 20 |
20 |
| Loji dan Jentera | 20 |
14 |
| Komputer dan Peralatan ICT | 20 |
40 |
| Lain-Lain | 20 |
10 |
Nota :
Kemaskini(Updated) : 16 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 155,990|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
9
1
12
1
4