Utama » Lain-lain Situasi
|
|
Memohon Pengecualian Menghantar Borang
Keadaan Pengecualian Boleh Dipohon
Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan berikut:
Bagaimana permohonan pengecualian dilakukan
Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir atau mengemukakan permohonan anda melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400.
Penutupan Fail Secara Kekal
Keadaan Yang Membolehkan Fail Cukai Ditutup
Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana:
Anda perlu memastikan akaun anda tiada berbaki yang perlu dijelaskan atau baki yang perlu dibayar balik sebelum mengemukakan permohonan penutupan fail cukai pendapatan.
Bagaimana Permohonan Penutupan Fail Cukai Dilakukan
Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir atau mengemukakan permohonan anda melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400.
Memohon Memindahkan Fail ke Cawangan LainMemindahkan Fail Cukai ke Cawangan Lain
apabila alamat surat menyurat anda telah bertukar dan alamat tersebut adalah dibawah pentadbiran cawangan yang lain.
apabila menerima permohonan daripada pembayar cukai untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan anda ke cawangan yang difikirkan bersesuaian.
Memohon Sijil Penyelesaian Cukai
Keadaan Yang Membolehkan Sijil Penyelesaian Cukai Dipohon
Sijil Penyelesaian Cukai perlu di pohon apabila anda:
Dalam keadaan berhenti dari satu penggajian,
Akan bersara dari perkhidmatan,
Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama, atau
Akan meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya.
Bagaimana Permohonan Sijil Penyelesaian Cukai Boleh Dipohon
Bagi keaadaan di mana anda sedang berkhidmat di sektor awam dan akan:
Bersara dari perkhidmatan, sila dapatkan Borang CP22B yang telah lengkap di isi daripada majikan, atau
Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama, sila dapatkan Borang CP21 yang telah lengkap di isi juga daripada majikan anda.
Bagi keadaan di mana anda merupakan sedang berkhidmat di sektor swasta dan akan;
Bersara dari perkhidmatan, sila dapatkan Borang CP22A yang telah lengkap di isi daripada majikan, atau
Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama atau selama-lamanya, sila dapatkan Borang CP21 yang telah lengkap di isi juga daripada majikan anda.
Borang-borang tersebut boleh diperolehi daripada laman web ini.
Borang yang telah lengkap di isi perlu dikemukakan ke cawangan di mana fail fizikal cukai pendapatan anda berada. Setiap permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh ianya diterima.
Menamatkan Perkongsian
Penutupan Fail Secara Kekal
Permohonan penutupan fail secara kekal boleh dibuat dalam keadaan berikut:
Bagaimana Membuat Pemohonan Penutupan Fail Cukai
Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir atau mengemukakan permohonan anda melalui faksimili Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400.
Bersara Dari Penggajian
Tindakan Sebelum Bersara
Anda dikehendaki memaklumkan kepada pihak LHDNM dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh anda mula bersara daripada perkhidmatan bagi memohon Surat Penyelesaian Cukai (SPC). Anda perlu mengemukakan Borang CP22A (sekiranya anda berkhidmat dalam sektor swasta) atau Borang CP22B (sekiranya anda berkhidmat dalam sektor awam).
Permohonan perlulah dikemukakan ke Cawangan di mana fail anda berada. Anda juga dinasihatkan supaya memastikan semua Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun-tahun kebelakang telah dikembalikan kepada LHDNM.
Tindakan Selepas Bersara
Selepas daripada tarikh anda bersara, sekiranya anda tidak lagi mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai, anda boleh mengemukakan permohonan ke Cawangan di mana fail anda berada untuk penutupan fail. Anda juga perlu memastikan akaun anda telah tidak mempunyai baki yang perlu dijelaskan atau baki yang perlu dibayar balik bagi membolehkan proses penutupan fail cukai pendapatan dilakukan.
Kemaskini(Updated) : 25 Mei,2011Dilawati / Hit(s) : 25,903|
23 Apr, 2013
|
|
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran
Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.
»
Arkib
|
3
38
3
2