Utama » Penggajian
|
|
Umum
Penerangan
Pendapatan seseorang pekerja daripada penggajian termasuk upah, gaji, saraan, gaji cuti, bayaran komisen, bonus, ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya) yang berkaitan dengan mempunyai atau menjalankan penggajian.
Pendapatan penggajian juga meliputi semua bentuk saraan termasuk elaun, misalnya elaun perumahan, elaun perjalanan, elaun keraian, adalah dikira sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut terbit daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.
Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan
1. Cara Membuat Pendaftaran Fail
Pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan seperti berikut :
2. Dokumen Pendaftaran
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai :-
Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini,
Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau Mendaftar secara on-line melalui e-Daftar.
Mempunyai Pendapatan Dari Punca Perniagaan
Bagi individu yang sebelum ini tidak menjalankan perniagaan tetapi dalam tahun yang ditaksir telah mula menjalankan perniagaan, individu terbabit:
Bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) & Cukai Sebenar
Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan penggajian adalah tertakluk kepada potongan gaji bulanan di bawah skim Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan dibuat oleh majikan sekiranya pekerja telah layak.
PCB dianggap sebagai bayaran ansuran cukai bagi individu itu dan akan dibandingkan dengan cukai sebenar semasa mengemukakan borang cukai.
Jika potongan melalui PCB adalah kurang daripada taksiran cukai sebenar, pembayar cukai dikehendaki membayar jumlah perbezaan tersebut sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.
Jika bayaran ansuran di bawah PCB adalah melebihi taksiran cukai sebenar, individu boleh menuntut bayaran balik semasa mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Bagi individu berpendapatan penggajian yang tidak layak potongan PCB tetapi mempunyai cukai yang dikenakan ke atas pendapatannya, baki cukai perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.
Topik Lanjutan
Manfaat Berupa Barangan
| No. | Nama Ketetapan Umum | Dikeluarkan/Dikemaskini |
| Ketetapan Umum 2/2004 | Manfaat Berupa Barangan | 08.11.2004 |
| Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan | Manfaat Berupa Barangan | 20.05.2005 |
| Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Kedua | Manfaat Berupa Barangan | 17.01.2006 |
| Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Ketiga | Manfaat Berupa Barangan | 17.04.2009 |
| Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Keempat | Manfaat Berupa Barangan | 19.04.2010 |
Nilai Tempat Kediaman
| No. | Nama Ketetapan Umum | Dikeluarkan/Dikemaskini |
| Ketetapan Umum 3/2005 | Manfaat Tempat Kediaman Yang Disediakan Oleh Majikan Kepada Pekerjanya | 11.08.2005 |
| Ketetapan Umum 3/2005 Tambahan | Manfaat Tempat Kediaman Yang Disediakan Oleh Majikan Kepada Pekerjanya | 05.02.2009 |
Kemaskini(Updated) : 16 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 71,576
1
2
38
4