Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Individu
print text arrowdown Menu

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

  1. Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;

    Jabatan Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri
    Aras 10-18, Menara C
    Persiaran MPAJ
    Jalan Pandan Utama
    Pandan Indah
    55100 Kuala Lumpur

  2. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

  3. Mengira cukai pendapatan.

  4. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

  5. Membayar cukai untuk diri sendiri.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

  1. Borang EA/EC,

  2. Baucer dividen,

  3. Resit premium insurans,

  4. Resit pembelian buku,

  5. Resit perubatan,

  6. Resit derma,

  7. Resit pembayaran zakat,

  8. Sijil kelahiran anak,

  9. Sijil nikah,

  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.

  11. Helaian kerja (jika ada)

  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

Melaporkan Pelarian Cukai

Sila hubungi kami jika anda mengetahui berlaku aktiviti pelarian cukai

  1. Bagaimana Membuat Laporan :
    1. Menulis surat kepada :

      Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
      Bahagian Perisikan,
      Aras 6, Menara Hasil,
      Persiaran Rimba Permai,
      Cyber 8, 63000 Cyberjaya,
      Selangor.

    2. e-mel :

      pelariancukai@hasil.gov.my (Aduan Pelarian Cukai)

    3. Telefon :

      03-8313 8888 (samb: 20601 dan 20607)
      03-83138883 (Talian Terus)

    4. Fax : 03-8313 7810

    5. Hadir sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang tertera di atas. ATAU mana-mana pejabat Cawangan Siasatan (CSi), LHDNM.

  2. Butiran maklumat pelarian cukai diperlukan :

    1. Nama, no. kad pengenalan, alamat penuh

    2. Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan

    3. Dokumen rujukan (jika ada)

    4. Maklumat lain yang penting

  3. Ganjarannya :

    Pemberian ganjaran adalah mengikut pertimbangan LHDNM berdasarkan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan.

    Pemberian ganjaran juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  4. Jaminan Kerahsiaan :

    Segala maklumat dan identiti anda sebagai pengadu adalah rahsia.

JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN



Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.



Kemaskini(Updated) : 01 Feb,2013Dilawati / Hit(s) : 3,661,521
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 13    China Flag 1    MALAYSIA Flag 2    Netherlands Flag 1    Taiwan Flag 1    United States Flag 8   
Pengunjung: 46,472,202 Hari Ini : 762 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 929,624Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM