Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Perutusan KPE
print text

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini.

Sebagai sebuah agensi pemungut cukai langsung negara adalah penting untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap keupayaan LHDNM sebagai sebuah organisasi yang berintegriti dan berakauntibiliti. Pembangunan laman web baru ini merupakan salah satu manifestasi kesungguhan LHDNM untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatannya kepada pelanggan.

Melalui laman web ini, maklumat dan panduan berkaitan urusan percukaian telah disusun mengikut keperluan kumpulan pelanggan. Ini diharap dapat membantu pelanggan mendapatkan maklumat dan panduan yang dikehendaki dengan mudah dan pantas. Laman web ini juga menyediakan perkhidmatan aplikasi dalam talian seperti e-Lejar, e-Filing, M-Filing, e-Bayaran, e-Daftar, e-PCB, TAeF, e-SPC, STAMPS, e-Kemaskini, e-Data PCB, SMS, and Kalkulator PCB. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dapat membantu memudahkan urusan anda dengan LHDNM.

Saya amat mengalu-alukan maklum balas daripada anda untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatannya. Sila kemukakan aduan, cadangan atau pertanyaan anda melalui aplikasi interaktif yang disediakan di laman web ini.

Akhir kata, selamat melayari laman web LHDNM.


Tan Sri Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar
Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia



Kemaskini(Updated) : 25 Jun,2012Dilawati / Hit(s) : 104,543
 Pengumuman 
23 Apr, 2013
PROGRAM HASIL 4U 2013: Lanjutan Masa Operasi Kaunter Bayaran

Sempena Program HASiL 4U 2013, LHDNM akan melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran bagi kemudahan orang ramai membayar cukai mereka.


Klik untuk info lanjut

Pengunjung Online: 22    China Flag 2    Malaysia Flag 14    United States Flag 6   
Pengunjung: 46,581,503 Hari Ini : 978 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 1,038,709Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM