Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Pembayaran
print text
  • Perkhidmatan e-Bayaran melalui FPX

      Khidmat ini menggunakan FPX sebagai "Gateway" untuk pengguna membayar cukai.

      Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Bank-bank yang terlibat adalah:

    • i. Bank Islam Malaysia Berhad
    • ii. CIMB Bank
    • iii. Hong Leong Bank Berhad
    • iv. Maybank2e / Maybank2U
    • v. Public Bank Berhad
    • Sila layari : https://epayment.hasil.gov.my

  • Perkhidmatan Bayaran Cukai di Bank-Bank Ejen

    • A) Bayaran di kaunter :-

      • Bank
          Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan bank-bank ejen yang berikut :-
        • i. CIMB Bank
        • ii. Public Bank
        • iii. Maybank
        • iii. EON Bank

        • Nota:
          Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Berjadual di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB (perisian CP39) dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.

          Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank;

          i. Kod Bayaran
          ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
          iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
          iv. No. Kad Pengenalan
          v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
          vi. Amaun bayaran
      • Pejabat Pos

          Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai di semua cawangan Pos Malaysia Berhad.

    • B) Bayaran Melalui Internet

    • C) Bayaran Melalui ATM

        Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut :-
        1. i. Public Bank
        2. ii. Maybank


        Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.

    • D) Bayaran Melalui Tele-Perbankan

        Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui:-
        1. i. Maybank – Kawanku Phone Banking

  • Jadual Kod Bayaran

      Item Kod Bayaran Keterangan
      1 084 Bayaran Ansuran Cukai – Individu
      2 086 Bayaran Ansuran Cukai – Syarikat
      3 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
      4 090 Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
      5 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
      6 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
      7 151 Bayaran Seksyen 108
      8 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
      9 153 Bayaran Kenaikan Komposit
      10 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
      11 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
      12 156 Bayaran Kos Mahkamah
      13 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
      14 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
      15 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
      16 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
      17 173 Bayaran Kos Guaman
      18 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
      19 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
      20 196 Bayaran Penyelesaian Cukai
      21 197 Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan 
      22 250 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
      23 286 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
      24 092 Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)

  • Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

      Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara:

      a) Melalui Telegraphic Transfer (TT)

      Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut:

      Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Nama dan alamat bank penerima:
      CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Duta Tingkat Bawah,
      Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia
      No. Akaun penerima: 1423-0004076-055
      Swift Code : CIBBMYKL
      Sort Code : N/A

      Maklumat tersebut hendaklah difakskan kepada Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan, Jalan Duta melalui fax di nombor +603-62016857 bagi membolehkan resit rasmi dikeluarkan.

      b) Melalui Bank Deraf

      Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut:

      Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Nama dan alamat bank pembayar : Mesti “local paying bank” atau “local correspondence bank” supaya deraf tersebut menjadi cek tempatan.

      Bank deraf tidak boleh dibeli dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, pertukaran mata wang bagi jumlah yang perlu dibayar hendaklah dibuat dengan tepat. Maklumat bayaran dan pembayar perlu ditulis dibelakang bank deraf dan kemudian diposkan ke Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan Jalan Duta.

      Kaunter Bayaran
      Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
      Tingkat Bawah, Blok 8A
      Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta
      50600 KUALA LUMPUR.

  • Cukai Bagi Kes Taksiran Bersama

      Sekiranya pendapatan suami atau isteri telah ditaksir bersama atas nama salah seorang daripadanya, maka pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab membayar cukai tersebut. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, cukai yang kena dibayar atas pendapatan isteri atau suami boleh dipungut daripada salah seorang mengikut nisbah jumlah pendapatan masing-masing.

  • Potongan Cukai Berjadual (PCB)

  • Bayaran Baki Cukai

      Perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang telah dipotong dan cukai yang patut dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai patut dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 30 April tahun berikutan tahun taksiran tersebut.

  • Permohonan Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran Bulanan

      Sekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan, anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

  • Penalti Lewat Bayar Baki Cukai

      Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.

  • Rayuan Ke Atas Penalti Lewat Bayar

      Jika anda tidak bersetuju dengan penalti lewat bayar yang dikenakan, anda boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Unit Pungutan cawangan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan. Penalti lewat bayar yang dikenakan mestilah dijelaskan terlebih dahulu walaupun rayuan dibuat. Sekiranya rayuan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah yang berkenaan.

  • Prosedur Memohon Bayaran Cukai Secara Ansuran Bulanan

      Sekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada unit pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.
Buka Semua | Tutup Semua

Kemaskini(Updated) : 07 Apr,2010Dilawati / Hit(s) : 59,737
Pengunjung Online: 55    China Flag 4    Malaysia Flag 43    United States Flag 8   
Pengunjung: 46,474,174 Hari Ini : 2,734 Pengunjung Bulan Ini (05/2013) : 929,624Pengunjung Bulan Lepas (04/2013) : 5,102,562
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM