Utama » Akademi Percukaian Malaysia
|
|

Akademi Percukaian Malaysia (APM) ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994. Ianya terletak di sebuah tapak seluas 37.3 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
Fungsi Utama
APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.
Objektif
Untuk maklumat lanjut berkenaan APM, sila hubungi:
Pengarah,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia.
Telefon: +603-89243600/+603-89245800
Faks: +603-89257299 / +603-89257005
Program Latihan
Program latihan yang dijalankan di Akademi Percukaian Malaysia terbahagi kepada TIGA (3) kategori utama iaitu:
1. Kursus Untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Kursus Induksi dan Kursus Asas Perkhidmatan dijalankan untuk pegawai dan staf yang baru mula bertugas di LHDNM. Mereka perlu mengikuti latihan ini dengan jayanya sebagai salah satu kriteria untuk pengesahan dalam jawatan.
2. Kursus Untuk Kenaikan Pangkat;
Kursus Latihan Lanjutan Undang-Undang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran analitis pegawai LHDNM dalam bidang percukaian, perakaunan dan audit. Program ini juga bertujuan untuk kemajuan dalam kerjaya.
3. Kursus Untuk Pendedahan dan Pengetahuan
APM menyediakan pelbagai latihan bagi tujuan pendedahan dan pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai LHDNM.
Dalam bidang pengauditan dan percukaian yang merupakan bidang teras LHDNM selaku pemungut hasil negara, antara latihan yang diberikan termasuklah Computer Auditing Tools, Forensic Accounting, UBS, industri khusus, duti setem, insentif cukai dan lain-lain. Latihan dijalankan secara syarahan, kajian kes, role play dan latihan simulasi. Sebahagian dari latihan dijalankan dengan kerjasama pakar-pakar daripada agensi luar seperti Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Internal Revenue Service U.S (IRS).
Selain daripada itu, kursus kemahiran antara perseorangan seperti penggunaan perisian komputer, perhubungan awam, kaunseling, kemahiran rundingan, kemahiran bahasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada kalendar latihan APM. Kursus pengurusan, integriti, komunikasi, kepimpinan dan penilaian strategik turut disediakan. Program ini melengkapkan pegawai-pegawai dengan kemahiran terkini berkaitan dengan pembangunan modal insan serta teknik-teknik pengurusan moden bagi membangun, menggerak dan menerajui sebuah organisasi secara berkesan.
Program Pembelajaran Cukai dan Program Latihan Antarabangsa
a) Pembelajaran Cukai
Kursus/ceramah khas bagi memenuhi kehendak tertentu pelanggan boleh diatur berdasarkan permintaan pelanggan.
Maklumat lanjut mengenai perkara di atas boleh diperolehi daripada:
Dr. Nik Abdullah Sani Nik Mohamed
Pengarah Pusat Latihan Antarabangsa dan Pembelajaran Cukai
Akademi Percukaian Malaysia
Telefon: +603-8924 5803
Faks: +603-8925 7005
E-mel: nasani@hasil.gov.my
b) Program Kerjasama Latihan Antarabangsa
Bagi memperluaskan perspektif dan pengetahuan pegawai dan staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Akademi Percukaian Malaysia (APM) menjalankan Program Kerjasama Latihan Antarabangsa dengan organisasi antarabangsa seperti Commonwealth Association of Tax Administrators (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), Internal Revenue Service U.S.A (IRS), Federal Law Enforcement Training Center, U.S.A (FLETC), Australian Taxation Office (ATO) Australia, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Asian Development Bank Institute (ADBI).
Bagi tahun 2013, APM dengan kerjasama CATA akan menganjurkan kursus berikut untuk pentadbir dan pengamal cukai dari negara-negara Komanwel:
No |
Kursus |
Tarikh |
1 |
IRBM-CATA : Workshop on Taxation of International Transactions (TOIT) |
3 – 21 Jun 2013 |
Selain daripada itu, dengan kerjasama OECD pula, APM akan mengadakan kursus-kursus berikut untuk pentadbir dan pengamal cukai dari negara-negara di rantau Asia Tenggara:
No |
Kursus |
Tarikh |
1 |
LHDNM-OECD: Tax Policy Analysis |
18 – 22 Februari 2013 |
2 |
LHDNM-OECD: Tax Treaties Special Issues |
18 – 22 Mac 2013 |
3 |
LHDNM-OECD: Transfer Pricing Aspects of the Extractive Industry |
22 – 26 April 2013 |
4 |
LHDNM-OECD:Tax And Crime |
27– 31 Mei 2013 |
5 |
LHDNM-OECD: Tax Administration of Personal Income Tax |
23 – 27 September 2013 |
6 |
LHDNM-OECD: Introduction to the Application and Negotiations of Tax Treaties | 30 September – 11 Oktober 2013 |
7 |
LHDNM-OECD: International Tax Avoidance, Base Erosion and Profit Shifting | 21 – 25 Oktober 2013 |
8 |
LHDNM-OECD: Case Studies in Transfer Pricing |
2– 6 Disember 2013 |
Dengan kerjasama IBFD pula, APM akan mengadakan kursus-kursus berikut untuk pentadbir dan pengamal cukai dari negara-negara Selatan, Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan rantau Afrika:
No |
Kursus |
Tarikh |
1 |
LHDNM-IBFD: Anti-Money Laundering and Tax Evasion | 6 – 10 Mei 2013 |
2 |
LHDNM-IBFD: Taxation of Financial Market |
26 – 30 Ogos 2013 |
APM juga mengendalikan kursus-kursus berikut khas untuk pegawai LHDNM dengan kerjasama JICA:
No |
Kursus |
Tarikh |
1 |
LHDNM-JICA : Transfer Pricing Methodology - Basic |
14 – 17 Januari 2013 |
2 |
LHDNM-JICA : Tax Examination Methodology |
18 – 21 Februari 2013 |
3 |
LHDNM-JICA: Transfer Pricing Methodology - Advance |
15 – 17 April 2013 |
Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) untuk Negara CLM (Kemboja, Laos & Myanmar)
LHDNM juga akan mengdakan kursus PKTM kerjasama dengan JICA dan Kerajaan Malaysia dalam menganjurkan kursus berikut:
No |
Kursus |
Tarikh |
1 |
LHDNM-MTCP-JICA : General Tax Administration Course | 13 – 24 Mei 2013 |
Kemaskini(Updated) : 11 Mac,2013Dilawati / Hit(s) : 66,862
1
1
1
29
5