printer
Cyberjaya, 25 April 2019 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan & bayaran (selain duti setem) LHDNM di seluruh Cawangan dan Pusat Bayaran LHDNM akan beroperasi pada 26, 27 dan 28 April 2019 (Jumaat, Sabtu & Ahad) bagi memberikan kemudahan kepada pembayar cukai individu yang tidak mempunyai punca pendapatan daripada perniagaan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) iaitu Borang BE dan membuat bayaran baki cukai sewajarnya.

Muat turun berita