printer

Cyberjaya, 1 November 2017 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyemarakkan budaya inovasi dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya menerusi Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDNM 2017 yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di Menara Hasil Cyberjaya pada hari ini. Majlis sambutan Hari Inovasi dan Integriti ini turut melakar sejarah yang tersendiri apabila ia turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) buat julung-julung kalinya.

Muat turun berita