printer

Bayaran PCB Melalui Internet

LHDNM menyediakan kemudahan pembayaran PCB melalui saluran elektronik melalui laman web bank-bank ejen yang dilantik seperti berikut:

    1. Alliance Bank
    2. CIMB Bank
    3. Maybank
    4. Public Bank Berhad
    5. RHB Bank Berhad
    6. OCBC Bank
    7. Ambank Berhad
    8. Citibank Berhad
    9. HSBC Bank Berhad
    10. Hong Leong Bank Berhad
    11. Bank Islam

Sementara itu, bagi pengguna e-PCB dan e-Data PCB yang ingin buat bayaran melalui internet, majikan hanya boleh membayar melalui medium FPX (Bank yang menjadi Ahli FPX) melalui sistem e-PCB dan e-Data PCB .

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat:

http://www.myclear.org.my/fpx/banks-tpa.html