printer

Bagaimana Melakukan Kemaskini

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Borang CP600B boleh dimuat turun melalui laman web rasmi LHDNM, sila cetak borang tersebut bagi membolehkan tuan mengisi secara manual. Majikan juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat yang menukar nama sila kemukakan salinan Borang 13 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.