printer

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan majikan didaftarkan, majikan dikehendaki memastikan pengiraan PCB adalah seperti yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 (Kaedah PCB) seperti dalam Nota Penerangan yang diwartakan oleh LHDNM.

Majikan hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, tidak lewat daripada hari kelima belas tiap-tiap bulan kalendar berikutnya selepas gaji pekerja di potong.

Majikan dikehendaki menyediakan Borang C.P.8A (EA) dan C.P.8C (EC) dan diserah kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir Februari setiap tahun bagi membolehkan mereka melengkapkan dan mengembalikan Borang Nyata masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta).

Majikan juga dikehendaki mengemukakan Borang Nyata Majikan (Borang E) tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun mengikut peruntukan subseksyen 83(1) Akta.