printer

Tanggungjawab Majikan

Daftar Fail E selepas mendaftar Fail C/OG/D atau lain-lain

Dapatkan dan lengkapkan Borang E

Hantar Borang E (e-E) sebelum/pada 31 Mac melalui e-Filing

Lapor pendapatan pekerja (tunai dan bukan tunai) dalam Penyata Saraan Daripada Penggajian (EA/EC)

Kemaskini butiran dan alamat pekerja

Simpan dokumen/rekod selama 7 tahun

Potongan Cukai Bulanan (PCB) mesti dipotong daripada saraan pekerja dan diremitkan sebelum / pada 15hb bulan berikutnya (guna e-PCB/e-Data PCB/ Kalkulator PCB)

Lapor pekerja baharu dalam tempoh 30 hari

Lapor pemberhentian pekerja pekerja dalam tempoh sebulan dan tahan bayaran (jika ada) bagi kes :

Pekerja akan bersara

Pekerja meninggal dunia

Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan)

Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong

Tahan bayaran kepada pekerja (jika ada) sehingga Surat Penyelesaian Cukai dikeluarkan

Maklum kepada pekerja untuk kemukakan :

Borang TP1 - Tuntutan potongan dan rebat individu

Borang TP2 - Tuntutan manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman

Borang TP3 - Maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun semasa