printer
PEGANGAN DAN REMITAN WANG OLEH PEMEROLEH

Amaun yang perlu dipegang oleh pemeroleh adalah 3 % daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada K etua P engarah H asil D alam N egeri (KPHDN) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan untuk membayar keseluruhan atau sebahagian cukai yang dikenakan atas pelupus. Dalam keadaan tertentu, KPHDN boleh melanjutkan tempoh masa bagi peremitan baya ran tersebut.

Jika pemeroleh gagal membayar amaun berkenaan, kenaikan 10% akan dikenakan. Amaun yang sepatutnya dibayar dan kenaikan tersebut adalah merupakan hutang pemeroleh kepada Kerajaan dan hendaklah dibayar kepada KPHDN. Walau bagaimanapun, KPHDN boleh menggunakan budi bicara untuk meremitkan amaun kenaikan dan membayar balik amaun berkenaan sekiranya telah dibayar